Kenangan pahit manis Wenger di Stamford Bridge


Kebangkitan menakjubkan, wira hatrik dan keputusan yang tidak dijangkakan diantara Chelsea menentang Arsenal di Stamford Bridge.

Lebih kurang satu jam lagi pertembungan dua kelab 'bermusuh' London bakal bermula (ketika artikel ini ditulis).

Skuad Chelsea dibawah kendalian Conte hadir sebagai Juara bertahan Liga Perdana telah memulakan kempen liga 2017/18 dengan kekalahan 3-2 kepada Burnley pada perlawanan pertama manakala Arsenal hampir-hampir menerima nasib yang sama namun berjaya bangkit memenangi perlawanan pertama 4-3 keatas Leicester City. 



Berikut adalah beberapa perlawanan pahit manis Wenger dan Arsenal di Stamford Bridge.

February 2017 : Chelsea 3 -1 Arsenal

Chelsea yang mengalami kekalahan pada perlawanan pertama (pusingan pertama liga) kepada Arsenal berjaya bangkit untuk mengalahkan Arsenal pada pertembungan kedua liga.

Wenger dan Arsenal seolah-olah mengejutkan Singa yang kelaparan pada perlawanan pertama pusingan liga yang memaksa Conte melakukan perubahan pada formasi 3-4-3 dan seterusnya Chelsea akhirnya berjaya memenangi Liga musim lalu.

Dan di  Stamford Bridge, Arsenal gagal mengulangi kejayaan sebagaimana mereka menewaskan Chelsea pada perlawanan pusingan pertama liga (3-0) apabila tewas 3-1 kepada Chelsea.

March 2014 : Chelsea 6 - 0 Arsenal

Perlawanan yang paling pahit buat Wenger dimana bukan sahaja kalah kepada 'musuh' London malahan kekalahan memalukan ini hadir pada perlawanan ke 1000 beliau selaku pengendali Arsenal.

October 2011 : Chelsea 3-5 Arsenal

Hat-trick daripada Robin van Persie (RVP) memastikan Arsenal berjaya membawa pulang tiga mata berharga pada perlawanan ini.

Dan empat bulan berikutnya pengendali Chelsea, Villas-Boas dipecat dan tugas beliau diambil alih Roberto Di Matteo  yang berjaya membawa Chelsea memenangi Juara Liga-Liga Eropah.

October 1999 – Chelsea 2-3 Arsenal

Sebelum RVP, mencipta hat-trick pada perlawanan menentang Chelsea, Nwankwo Kanu terlebih dahulu mencipta hat-trick pada perlawanan tahun 1999.

Setelah Arsenal ketinggalan 2-0 pada separuh masa perlawanan, Kanu muncul wira Arsenal dengan meledakkan tiga gol bagi memastikan kemenangan Arsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post