Pemain yang pernah dikatakan menjadi sasaran Arsenal, Marco Asensio dikatakan bakal menandatangani kontrak baru bersama Real Madrid.

Asensio, 21 tahun menurut laporan AS bakal menandatangani kontrak baru bersama Real Madrid yang menyaksikan pemain tersebut kekal bersama kelab gergasi Sepanyol itu sehingga tahun 2023.

Dan lebih mengejutkan dimana terdapat klausa pelepas pemain tersebut yang bernilai ataupun berjumlah € 500 juta ataupun kira-kira 2.5 bilion ringgit.



Sebelum ini, Asensio dikatakan menolak tawaran untuk menyertai Arsenal walaupun dilaporkan Arsenal bersedia membuat tawaran berjumlah £72 juta terhadap pemain muda ini. Namun beliau memilih untuk kekal bersama Real Madrid. 
Real Madrid star Marco Asensio would snub £72m move to Arsenal.- Daily Star
Dan dijangkakan beliau bakal menandatangani kontrak baru bersama Real Madrid minggu ini.
Marco Asensio to sign contract with world record release clause. - Independent
Dipercayai tindakan pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane memasukkan terma dan klausa pelepasan tersebut bagi mengelakkan situasi sama terjadi keatas mereka sebagaimana peristiwa PSG mendapatkan Neymar dengan menebus jumlah pelepasan (klausa) pemain Barcelona itu yang berjumlah £200 juta.

Post a Comment

Previous Post Next Post