Roly Poly Goalie digantung.


Masih ingat kisah bekas penjaga gol Sutton, Wayne Shaw  yang 'menikmati' pie ketika perlawanan Piala FA menentang Arsenal diperingkat kelima awal tahun ini?

Akibat tindakan beliau itu yang menikmati 'pie' dan dikaitkan dengan unsur perjudian, Shaw akhirnya dikenakan denda sebanyak £375 dan digantung daripada sebarang aktiviti bolasepak selama dua bulan.

Shaw didapati bersalah dalam sebutan kes beliau selepas didakwa mempengaruhi 'pasaran pertaruhan' (online betting) pada perlawanan yang menyaksikan kekalahan 2-0 Sutton United kepada Arsenal, Februari lalu.



Shaw was found guilty at an independent disciplinary hearing on Wednesday after he was alleged to have intentionally influenced betting markets in Sutton's 2-0 loss to Arsenal in February.

The charge of influencing betting markets was proven at an Independent Regulatory Commission hearing at Wembley.

FA mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa Shaw telah digantung serta merta daripada sebarang aktiviti bola sepak dan perkara berkaitan bola sepak selama dua bulan.

Shaw, yang mendapat gelaran 'roly poly goalie' meletak jawatan dari Sutton selepas kejadian itu ekoran liputan media yang meluas mengenai insiden beliau itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post