Mesej Lacazette kepada peminat Arsenal.


Alexandre Lacazette hantar mesej kepada peminat Arsenal menjelang sepak mula Liga Europa.

Pemain termahal dalam sejarah Arsenal, Lacazette yang dibeli (perpindahan) dengan nilai £53juta telah mempamerkan aksi yang menyakinkan bersama Arsenal setakat ini.

Walaupun diawal kemunculan beliau, ramai yang mengatakan beliau memerlukan masa untuk menyesuaikan diri bersama Liga Inggeris. Namun boleh dikatakan beliau setakat ini telah mampu menyesuaikan diri bersama Arsenal dan juga Liga Inggeris dengan dua gol telah berjaya dijaringkan beliau.




Mesej Lacasette itu dikongsikan Arsenal pada laman twitter rasmi Arsenal yang memaparkan Lacazette mengucapkan terima kasih kepada para peminat kerana menyokong beliau dan membantu dirinya selesa di Arsenal, sebelum menjanjikan untuk kekal menjaringkan gol pada perlawanan akan datang.

"Hi everyone," he said. "Thanks for making me feel at home. Two goals (so far) - many more to come!"


Post a Comment

Previous Post Next Post