Shkodran Mustafi usik Alexandre Lacazette.


Shkodran Mustafi mengusik Alexandre Lacazette pada 'posting' Instagram beliau selepas sesi foto bersama skuad Arsenal.

Walaupun dilaporkan sebelum ini dimana beliau ingin meninggalkan Arsenal, Shkodran Mustafi pada sesi bergambar bersama skuad Arsenal dilihat ceria dan seolah-olah beliau turut gembira bersama Arsenal.



Pemain kebangsaan Jerman ini dikaitkan dengan perpindahan menyertai kelab gergasi Itali, Inter Milan pada jendela perpindahan baru-baru ini, namun bagaikan tiada apa yang terjadi dan beliau masih kekal bersama Arsenal pada musim ini (setakat ini).

Kedua-dua pemain tersebut duduk bersebelahan antara satu sama lain pada gambar tahunan skuad Arsenal (musim 2017/18).


Dan pada sesi bergambar itu, beliau mengambil peluang untuk mengusik pemain termahal Arsenal, Alexandre Lacazette.

Melalui 'posting' beliau pada laman sosial Instagram, Mustafi seolah-olah memujuk pemain Perancis itu supaya duduk bersebelahan dengan beliau.
"Come on bro I know you always wanted to sit next to me... Don't be shy," 

Post a Comment

Previous Post Next Post