Peluang terbaik buat pemain Arsenal


Suka atau tidak, peminat Arsenal terpaksa mengakui buat tempoh kali pertama dalam sejarah 20 tahun Arsenal gagal beraksi dalam Liga Juara-Juara (UCL) sebaliknya hanya mampu beraksi dalam saingan Liga Europa.

Namun disebalik kegagalan ini (beraksi pada UCL), ianya membuka peluang buat pemain-pemain Arsenal yang gagal menempatkan diri dalam kesebelasan utama Arsenal untuk membuktikan kehebatan serta meraih kepercayaan Wenger.

Laporan Independent melaporkan dimana Arsenal bakal merehatkan beberapa pemain utama iaitu Petr Cech, Laurent Koscielny, Danny Welbeck, Mesut Ozil, Aaron Ramsey dan Granit Xhaka.

Arsenal bakal berdepan kelab Jerman, Cologne FC ditempat sendiri pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan Liga Europa (Kump. H) pada Jumaat jam 3 pagi (waktu Malaysia) dan Ahad berikutnya (dua selepas itu) Arsenal bakal bertandang ke Stamford Bride bertemu Chelsea pada saingan Liga Perdana.


Dan kesempatan ataupun peluang ini adalah yang terbaik buat tujuh pemain Arsenal bagi membuktikan kehebatan mereka disamping kembali merebut peluang mengisi kesebelasan utama Arsenal.

Peluang ini juga sangat penting bagi pemain-pemain yang berada ditahun terakhir (kontrak) bersama Arsenal bagi mendapat peluang penyambungan kontrak jika mampu menyakinkan Wenger.



Berikut adalah tujuh pemain yang dijangka memperolehi peluang untuk beraksi dalam Liga Europa.

1.Mathieu Debuchy
Pemain yang dilupakan oleh peminat Arsenal bahawa beliau masih lagi bersama Arsenal musim ini. Beliau dijangkakan mengisi posisi Bellerin pada pertahanan kanan.

Dan peluang ini sudah pasti mahu dibuktikan oleh beliau selepas gagal dalam perpindahan lalu. Tidak mustahil beliau mahu buktikan bahawa beliau masih berbisa dan berharap pada jendela perpindahan Januari nanti untuk mencari pasukan baru.

2.Rob Holding
Peluang untuk beliau kembali membuktikan prestasi yang menyakinkan selepas gagal dalam perlawanan pembukaan liga.

Beliau pada musim lalu terutama pada Perlawanan Akhir Piala FA berjaya membuktikan beliau adalah permata baru dalam skuad Arsenal.

Namun boleh dikatakan beliau memerlukan seorang 'ketua' yang mampu memberi arahan dan tunjuk ajar diatas padang sebagaimana gandingan beliau bersama Per Mertesacker pada perlawanan akhir Piala FA.

Dan peluang ini diharapkan beliau mampu belajar dan berdikari dalam mengemudi barisan pertahanan Arsenal selain membentuk kenyakinan diri sendiri.

3.Calum Chambers
Pernah memberi harapan kepada peminat Arsenal pada awal kemunculan beliau bersama Arsenal namun gagal menyaingi kehebatan Bellerin.

Beliau pada musim lalu berjaya mempamerkan aksi yang menyakinkan bersama Middlesbrough (dipinjamkan).

Namun Wenger yang menukarkan formasi pertahanan kepada tiga pemain pertahanan mungkin menyukarkan beliau yang terpaksa bersaing dengan Debuchy dan dan Rob Holding.

4.Jack Wilshere
Pemain sensasi Arsenal yang dikatakan mahu kekal bersama Arsenal dan tidak mahu meninggalkan pasukan yang disertai beliau semenjak kanak-kanak lagi, bakal bermain bersama Arsenal pada tahun terakhir musim ini jika gagal mendapat tawaran pembaruan kontrak.

Beliau musim lalu menghabiskan saingan liga bersama Bournemouth secara pinjaman  dan kini dikatakan dalam proses mengembalikan kecergasan beliau.

Beliau turut membuat penampilan bersama skuad U23 Arsenal.

Dan peluang beraksi dalam saingan Europa mungkin membuka peluang beliau untuk merebut kembali posisi beliau yang ketika ini diisi oleh Xhaka dan Ramsey.

5.Mohamed Elneny
Seorang lagi pemain tengah Arsenal, Eleneny mungkin dapat membuktikan sesuatu terhadap Wenger selepas beliau menolak tawaran untuk berhijrah pada jendela perpindahan baru-baru ini.

Kecederaan Francis Coquelin mungkin memberi sedikit peluang untuk beliau muncul dalam kesebelasan utama Arsenal musim ini.

Dan dijangkakan beliau bakal mengemudi barisan tengah bersama Wilshere pada perlawanan pertama Europa awal pagi Jumaat nanti (waktu Malaysia).

6.Reiss Nelson
Pemain muda sensasi Arsenal, Reiss Nelson yang berjaya mencuri perhatian peminat pada siri jelajah Arsenal 2017 dan aksi memukau beliau pada saingan PL2, mungkin mendapat peluang beraksi dalam saingan Europa kali ini.

Beliau turut dinobatkan selaku pemain terbaik bulanan bagi bulan Ogos - Player of the Month for August in Premier League 2.

Dengan enam gol dijaringkan beliau setakat ini dalam saingan Liga Perdana 2, kemunculan beliau dalam kesebelasan utama Arsenal sangat dinanti-nantikan oleh peminat dan penyokong Arsenal.

Ketiadaan Alex Oxlade-Chamberlain bagaikan memberi ruang kepada beliau untuk membuktikan kehebatan beliau bersama skuad senior Arsenal.

7.Theo Walcott
Pemain yang ketika ini begitu suram setelah aksi hambar pada saingan liga musim lalu, Walcott mungkin mendapat peluang kedua bagi membuktikan kehebatan beliau bersama Arsenal.

Gandingan mantap yang ditunjukkan oleh Danny Welbeck dan Alexandre Lacazette pada ketika ini menyukarkan lagi peluang beliau beraksi bersama Arsenal, lebih-lebih lagi Alexis Sanchez masih berada bersama Arsenal.

Mampukan beliau membuktikan kehebatan beliau dan meraih kepercayaan Wenger?

Saingan Europa menjadi medan terbaik bagi pemain-pemain ini membuktikan kehebatan mereka selain meraih kembali kepercayaan Wenger.

Tidak lupa juga kepada seorang lagi pemain muda Arsenal, Alex Iwobi. Beliau juga dikatakan bakal beraksi dalam saingan Europa pada Jumaat nanti.

Post a Comment

Previous Post Next Post