Wenger tidak mahu kisah Ozil dan Sanchez berulang.


Bagaikan tidak mahu kisah dua pemain sensasi Arsenal iaitu Mesut Ozil dan Alexis Sanchez berulang, Wenger kini mulakan usaha mengekalkan dua pemain sedia ada yang bakal tamat (kontrak) pada 2019.

Dua pemain sensasi Arsenal, Ozil dan Sanchez bakal meninggalkan kelab ini secara percuma jika Wenger masih gagal memujuk mereka untuk menandatangani kontrak baru (itu pun jika benar terdapat tawaran yang dibuat kepada dua pemain ini).



Dan bagaikan tidak mahu kisah dua pemain ini berulang, Wenger dilaporkan telah memulakan rundingan bagi melanjutkan kontrak dua pemain Arsenal iaitu Aaron Ramsey dan Danny Welbeck.

Aaron Ramsey dan Danny Welbeck bakal ditawarkan kontrak baru.
Kontrak kedua-dua pemain ini bakal berakhir pada tahun 2019, dan Wenger seolah tidak mahu kisah Ozil dan Sanchez berulang lagi apabila telah memulakan rundingan kontrak baru terhadap mereka berdua.

Menurut sumber TMW, kedua-dua pemain ini bakal ditawarkan kontrak baru dan dijangka menerima kenaikan gaji yang masih belum dapat dipastikan ketika ini.

Dan menurut Wenger pula, kedua-dua pemain ini (Welbeck dan Ramsey) berada prestasi terbaik ketika ini dan beliau tidak mahu kehilangan pemain-pemain ini.

Beliau juga tidak mahu kisah sebagaimana kehilangan Gibbs yang memeritkan beliau berbanding kehilangan Chamberlain.
Arsene Wenger 'hurt' more by Kieran Gibbs' Arsenal exit than Alex Oxlade-Chamberlain departure. 
Despite Oxlade-Chamberlain featuring more than Gibbs under Wenger last season, Wenger admitted losing Gibbs hurt him more.

"Ideally you want stability and you want players who carry the values for the generations," Wenger said ahead of Gibbs' return to the Emirates with Tony Pulis' West Brom, live on Monday Night Football.

"Overall it's true that with Gibbs (it hurt) more than Chamberlain because he had been educated at Arsenal from the age of 10.

"When he arrived he was a left-winger. I transformed him into a full-back because he was not necessarily rated as a guy who would make it as a left winger but I saw something in him that was very intelligent, with pace, that made me feel he could make it as a left-back.

Wenger turut menjangkakan lebih ramain pemain-pemain lain bakal mengikuti jejak langkah Ozil dan Sanchez.

Ini kerana menurut beliau, terdapat kelab yang meletakkan harga  keterlaluan pada pemain pemain normal mereka ekoran perpindahan Neymar bernilai £200 juta ( RM 1.1 bilion).

Dan adalah tidak mustahil bagi pemain-pemain normal (tidak sehebat Neymar) berada dalam lingkungan harga £50 juta (RM284juta).

Nilai perpindahan Neymar merubah landskap perpindahan pemain ketika ini.
"Namun, semua orang mengetahui nilai pemain £50 juta itu adalah keterlaluan dan tidak berbaloi untuk membelinya"

"Jadi apakah yang akan berlaku? Mereka tidak boleh menjual pemain tersebut kerana tiada kelab yang mampu untuk membeli dan mereka juga tidak mampu untuk melanjutkan kontrak pemain tersebut kerana tidak mampu untuk memenuhi permintaan gaji (tinggi) daripada pemain tersebut."

"Maka lebih ramai pemain akan berada ditahun terakhir mereka (kontrak) dan bakal dilepaskan secara percuma."

Post a Comment

Previous Post Next Post