Adakah benar Marc Overmars bakal kembali ke Arsenal?


Bekas pemain sayap Arsenal dan juga Barcelona, Marc Overmars dilaporkan bakal kembali ke Arsenal.

Beliau yang ketika ini memegang jawatan selaku Pengarah Bola Sepak (director of football) di Ajax dikatakan bakal melepaskan jawatan tersebut pada musim panas nanti ( Ogos tahun depan) untuk menyertai Arsenal dengan jawatan ataupun posisi yang sama ketika beliau bersama Ajax.

Sebelum ini juga dilaporkan dimana Ajax telah giat menjalankan usaha bagi mencari pengganti kepada Overmars setelah Arsenal dikatakan begitu bersungguh-sungguh untuk mendapatkan khidmat bekas pemain ini.

Overmars pernah bersama Arsenal selama tiga musim (1997-200) dan berjaya merekodkan 33 jaringan gol dalam 124 penampilan Liga Perdana Inggeris. 

Disamping itu juga beliau pernah memenangi kejuaraan berganda bersama Arsenal apabila memenangi Liga Perdana dan Piala FA pada tahun 1998. 

Beliau kemudianya menyertai Barcelona pada tahun 2000 sebelum bersara empat tahun kemudian (2004).

Empat tahun selepas bersara, beliau kembali daripada persaraan apabila mewakili Go Ahead Eagles pada tahun 2008.

Namun hanya mampu beraksi buat semusim bersama kelab Belanda itu kerana merasakan beliau tidak lagi mampu bermain serta beraksi dengan baik selaku pemain bolasepak.

Kelab Musim Penampilan Gol Assists
Willem II Tilburg 1991-1992 31 1 1
Ajax Amsterdam 1992-1997 191 44 10
Arsenal FC 1997-2000 124 33 5
FC Barcelona 2000-2004 133 17 2
Go Ahead Eagles Deventer 2008-2009 24 - 1
Jumlah 503 95 19



Pengarah Bola Sepak (Director of Football)
Wenger sebelum ini dikatakan tidak bersetuju dengan cadangan ataupun idea mengenai jawatan ini apabila dicadangkan pada musim lalu.

Penjelasan beliau dibuat pada sidang media ketika perlawanan menentang Southampton pada Mei lalu.

"I never understand what it means, director of football. I'm manager of Arsenal and as long as I am manager, I will decide what happens on the technical front. That's it." - Arsene Wenger.

Laporan daripada TuttoMercatoWeb, melaporkan sebelum ini dimana Overmars bakal meninggalkan Ajax pada penghujung musim ini dan bakal menyertai Arsenal. 

Walaupun Wenger jelas tidak menyukai jawatan tersebut (director of football), namun jika menjadi kenyataan, Overmars bakal bekerjasama dengan bekas pengurus yang pernah melatih beliau dahulu.

Dan Overmars bakal menjalankan tugas yang serupa dengan Raul Sanllehi yang bertindak selaku pengarah sukan di Barcelona dimana menguruskan hal-hal berkaitan rundingan perpindahan, pengambilan pemain baru, dan isu-isu berkaitan teknikal.

Namun segala keputusan bakal diputuskan oleh Wenger dan Overmars boleh diibaratkan sebagai orang kanan Wenger dalam melakukan segala urusan tersebut selaku Pengarah Bolasepak.



Penstrukturan
Ketua Eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis dikatakan terdesak untuk melakukan  rancangan membawa pakar-pakar ke dalam Arsenal sebagai langkah untuk membentuk Arsenal menjadi sebuah kelab yang lebih berdaya saing serta kemasukan ataupun kewujudan jawatan tersebut merupakan salah satu model asas bagi kebanyakan kelab di liga seluruh Eropah.

Antara individu yang berada dibelakang tabir kelab ternama di Eropah adalah seperti Michael Zorc di Borussia Dortmund dan Monchi yang kini bersama Roma yang bertindak selaku pengarah sukan ataupun pengarah bolasepak kelab masing-masing.

Michael Zorc, Sporting Director kelab Dortmund.
Arsenal juga dikaitkan dengan Sanllehi yang dilaporkan sedia meninggalkan Camp Nou akibat perubahan struktur di Catalonia.

Raul Sanllehi (kanan).
Sesiapa pun mereka, diharapkan Arsenal mampu melantik individu yang benar-benar berbakat dan berpengalaman dan yang paling penting ketika ini adalah mampu bekerja bersama Wenger.

Post a Comment

Previous Post Next Post