Suka duka Mesut Ozil bersama Arsenal.


Empat tahun lalu, peminat-peminat Arsenal bagaikan tidak percaya apabila Arsenal telah mengumumkan bahawa pemain kebangsaan Jerman ini menyertai Arsenal.

Penyertaan Mesut Ozil bersama Arsenal ketika itu mendapat reaksi yang begitu teruja dikalangan peminat-peminat Arsenal.

"Ozil join Arsenal???...Ko biar betul..."

Reaksi peminat pada laman sosial twitter. 



Reaksi pemain dan rakan sepasukan.
Bukan sahaja peminat Arsenal yang teruja dengan ketibaan Ozil, malahan beberapa pemain Arsenal termasuklah Theo Walcott turut gembira dengan penyertaan pemain Jerman yang pernah ditentang beliau dalam saingan akhir Kejohanan Euro U21 2009  yang menyaksikan pasukan Jerman membelasah England 4-0.

"Fantastic signing for Arsenal. He has shown it for his club and country for many years now" - Theo Walcott.

Malah bekas rakan sepasukan beliau di Real Madrid turut bersedih mengenai perpindahan beliau meninggalkan Real Madrid dan menyertai Arsenal.

Disebalik kegembiraan orang lain, ada insan yang berduka.
"Personally, I regret Mesut’s step". Regarding the quality of our team it can be bad because Mesut is always a player who can make the difference and always did" - Khedira.

"If it was up to me Ozil would have been the last person to leave" - Sergio Ramos.

Pemain handalan Real Madrid, Cristiano Ronaldo turut kecewa apabila Ozil meninggalkan kelab itu dengan beliau menyifatkan Ozil seorang pemain yang memahami pergerakan beliau terutamanya dihadapan gol lawan.
Cristiano Ronaldo 'angry' about Mesut Ozil's departure from Real Madrid despite Gareth Bale signing - The Independent
“He was the player who best knew my moves in front of goal... I'm angry about Özil leaving.”
Lukas Podolski dan Mesut Ozil bergambar bersama jersi Arsenal di Jerman saat pemain tersebut mengesahkan menyertai Arsenal.
Komen dan Ulasan Pengurusan Arsenal.

"He (Ozil) is a great player, with proven quality at both club and international level. We have watched and admired him for some time as he has all the attributes I look for in an Arsenal player: - Arsene Wenger.

"Yeay..yeay kompem Ozil join Arsenal..!!"
"This is an exciting day for all of us. We have signed a world-class player who is one of Europe’s brightest young talents" - Ivan Gazidis.



Sertai Arsenal
Wenger berjaya yakinkan Ozil melalui perbualan telefon.
Mesut Ozil, 28 tahun menyertai Arsenal pada 2 September 2013 dengan usia beliau ketika itu baru menjangkau 24 tahun.

Nilai perpindahan beliau walaupun tidak didedahkan namun dianggarkan berjumlah sekitar  £42.5juta dan ini menjadikan beliau pemain termahal (ketika itu) yang pernah dibeli Arsenal.

Jumlah itu juga menjadikan beliau sebagai pemain termahal Jerman dalam sejarah (pemain Jerman paling mahal sepanjang zaman).

Kontrak
Beliau mengikat kontrak selama lima tahun bersama Arsenal dan bakal berakhir pada penghujung musim ini (2017/18).

Dan beliau dilaporkan menerima gaji berjumlah £140,000 seminggu dan ketika itu beliau merupakan pemain Arsenal yang paling tinggi menerima gaji bersama kelab ini.

Klausa beli balik
Real Madrid dilaporkan memiliki kelebihan dalam kontrak Ozil bersama Arsenal apabila dikatakan terdapat klausa pembelian (pilihan) semula oleh Real Madrid andainya Arsenal berhajat untuk menjual Ozil kepada mana-mana kelab Sepanyol.

Namun ianya tidak diaktifkan andaikata Arsenal berhajat untuk menjual Ozil kepada kelab lain selain kelab Sepanyol (sama kes macam Cesc Fabregas dulu-dulu apabila Arsenal jual ke Barcelona).

Proses mendapatkan Ozil.
Ketika pengerusi Spurs, Daniel Levy berada di Stadium Emirates 'menikmati' kekalahan 1-0 pasukan beliau ditangan Arsenal, Ketua Eksekutif Arsenal , Ivan Gazidis berlepas ke Sepanyol untuk berunding bersama Real Madrid mengenai perpindahan Ozil.


Manakala Dick Law (perunding kontrak) dan Gary O’Driscoll (doktor pasukan) berlepas ke Jerman untuk melengkapkan dan menyelesaikan terma-terma peribadi (kontrak) serta ujian perubatan bersama Ozil dipusat latihan kebangsaan Jerman yang terletak di Munich.

Lukas Podolski dan Per Mertesacker turut terlibat dalam menyakinkan Ozil menyertai Arsenal.
Musim pertama dan jangkaan peminat
Beliau yang tiba di kelab dengan harapan tinggi diletakkan pada bahu beliau oleh peminat dan dianggap sebagai penyelamat yang mampu mengembalikan kegemilangan Arsenal.

Saat pengumuman mengenai pembelian beliau disahkan dan disambut oleh ribuan penyokong yang menjerit kegembiraan di luar Stadium Emirates pada tarikh akhir jendela perpindahan ditutup tahun 2013.

Berita Arsenal berjaya menandatangani Ozil.
Dan pada musim pertama beliau telah berjaya menghasilkan 14 bantuan gol selain tujuh dalam 42 penampilan bersama Arsenal.

Musim Pertama (13/14)
Saingan Penampilan Gol Assists
Premier League 26 5 10
Champions League 8 1 2
FA Cup 5 1 2
LaLiga 2 - -
EFL Cup 1 - -
Jumlah 42 7 14

Namun sayangnya, kehadiran beliau pada musim pertama hanya mampu mengekalkan Arsenal ditangga keempat liga sebagaimana musim sebelum itu (12/13) yang turut menyaksikan Arsenal menamatkan saingan liga ditangga keempat.

Dan pada musim ini Giroud merupakan penjaring terbanyak Arsenal dengan berjaya menjaringkan 22 gol dalam saingan liga sahaja (39 gol secara keseluruhan).




Rekod musim-musim berikutnya
Pengguna mobile phone (handphone) sila swipe kekiri untuk melihat jadual penuh
Saingan 2014/15 2015/16 2016/17
Penampilan Gol Assists Penampilan Gol Assists Penampilan Gol Assists
Premier League 22 4 6 35 6 19 33 8 10
Champions League 4 - 1 8 2 - 8 4 3
Champions League Qualification 1 - - - - - - - -
FA Cup 5 1 2 1 - 1 3 - 1
EFL Cup - - - - - - - - -
Community Shield 1 - - - - -
Jumlah 32 5 9 45 8 20 44 12 14

Kemasukan Sanchez pada musim kedua Ozil bersama Arsenal menyaksikan pemain kebangsaan Chile itu lebih banyak menonjol berbanding beliau apabila pemain tersebut berjaya membuat 52 penampilan dengan 25 gol serta 12 bantuan gol berjaya dicipta beliau.

Dan Sanchez merupakan penjaring terbanyak Arsenal musim itu dengan 25 gol meninggalkan Giroud ditempat kedua dengan 19 gol.

Perkembangan ini bukanlah sesuatu yang negatif buat pasukan malahan ianya memberi banyak kelebihan buat pasukan ketika itu apabila pada musim ini (2014/15) Arsenal berjaya menamatkan pada tangga ketiga liga.

KECEWA, DIMARAHI, MEMARAHI DAN MENASIHATI

Manchester City vs Arsenal, 14 Disember 2013.
Kali pertama sikap 'pemalas' beliau ditegur oleh kapten Arsenal, Per Mertesacker selepas perlawanan yang menyaksikan Arsenal dibelasah Man. City 6-3 pada 14 Disember 2013.

Ozil pada perlawanan itu menghasilkan satu bantuan gol pada minit ke-31 untuk Walcott menyamakan kedudukan 1-1 sebelum perlawanan ini berkesudahan City menewaskan Arsenal dengan jaringan besar 6-3.

Ozil melakukan 65 sentuhan hantaran pada perlawanan menentang City (City 6-3 Arsenal).
Aksi beliau pada perlawanan ini kurang memberangsangkan berbanding Ramsey yang dilihat lebih bertenaga dan aktif mengawal perlawanan ini.

Lebih parah, apabila tindakan beliau yang tidak menghormati serta menghargai penyokong yang datang ke Etihad dalam memberi sokongan dan ketika itu Ozil tidak menyertai ahli pasukan yang lain ketika memberi tepukan penghargaan kepada penyokong.

Dan ketika inilah kapten yang juga rakan senegara beliau, Mertesacker memarahi beliau kerana Ozil enggan menyertai rakan-rakan sepasukan menghargai penyokong.

Mungkin terlalu kecewa dengan persembahan Arsenal serta mengalami kekalahan memalukan (tewas 6-3) kepada Man.City menyebabkan beliau begitu kecewa sehinggakan mengabaikan penyokong yang datang memberi sokongan.

Per memarahi Ozil ekoran tidak menyerai pemain lain memberikan penghargaan kepada penyokong yang hadir.
Ozil kemudiannya memohon maaf ekoran tindakbalas beliau yang tidak memberikan penghargaan kepada penyokong.

“Sorry I didn’t thank the fans at the end of the game. You have been brilliant to me and I know you had traveled a long way and spent your money to support us. I was upset with the result and know I should have come to you to say ‘thank you’ and I know it is a big Arsenal tradition win, lose or draw.”

Arsenal vs Bayern Munich, 19 Februari 2014
Kali ini insiden 'pertengkaran' terjadi antara beliau dengan Flamini pada perlawanan Liga Juara-Juara Eropah apabila Bayern berjaya menewaskan Arsenal 2-0 di Emirates.

Flamini menuduh Ozil kurang memberikan saingan dalam perlawanan ini manakala Ozil pula menuding kesilapan kepada  Laurent Koscielny  yang menyebabkan tolak menolak berlaku diantara Flamini dan Ozil.

Pertengkaran diantara 'Abg Long' dengan Ozil
Ozil juga terlepas peluang untuk mencatat nama selaku penjaring pada perlawanan ini apabila sepakan penalti beliau pada minit ke-8 diselamatkan oleh Nuer.

Manakala Arsenal pula terpaksa bermain dengan 10 pemain setelah Wojciech Szczesny dibuang padang pada minit ke-37.

Dengan nilai beliau (ketika dibawa masuk menyertai Arsenal) £42.5juta, persembahan beliau ketika itu menerima kritikan dan dianggap pemalas pada perlawanan ini.

Heat map Ozil vs Bayern.
Walaupun heat map beliau kurang menakjubkan namun beliau merupakan pemain ketiga yang paling jauh dan paling banyak berlari menguasai padang dengan membuat larian sejauh 11.69km dalam 90 minit masa perlawanan.

Heat map Arsenal dan Bayern
Luahan genap empat tahun beliau bersama Arsenal sambil menasihati bekas pemain untuk menyokong pasukan disamping menghentikan kritikan.



Ketika ini
Entah dimana silapnya, beliau ketika ini sentiasa menjadi kritikan media dan juga peminat termasuklah daripada bekas pemain Arsenal sendiri.

Beliau sentiasa menjadi sasaran media setiap kali Arsenal mengalami kekalahan dan juga prestasi beliau diatas padang juga turut dikritik baik dikala menang mahupun dikala Arsenal menang (dengan aksi yang teruk).

Senang cerita beliau sentiasa menjadi 'kambing hitam' skuad Arsenal oleh media dan pengkritik termasuklah pundit.

Merasakan tiada lagi sokongan daripada peminat dan juga media, jadi tidak mustahil beliau bakal tinggalkan skuad Arsenal pada akhir kontrak beliau nanti.

Mungkin juga peminat merasakan nilai beliau tidak setimpal dengan sumbangan yang diberkan beliau kepada Arsenal hingga ke hari ini.

Beliau ketika ini dilihat sebagai seorang yang pemalas, tidak komited dan tidak memberi impak kepada pasukan. 

Rumors
September 2015, tersebar rumors yang mengatakan beliau mahu meninggalkan Arsenal dan dikaitkan perpindahan menyertai kelab Turki, Fenerbahce  namun Ozil tetap bersama Arsenal.

Pada Disember 2015, tersebar pula rumors yang mengatakan beliau telah bersetuju untuk menandatangani kontrak baru bersama Arsenal, namun sekali beliau kemudiannya menafikan berita ini.

Dua bulan berikutnya sekali lagi timbul rumors mengatakan beliau mahu meninggalkan Arsenal dan bulan berikutnya beliau menafikan sekali lagi berita tersebut.

Terlalu banyak kisah yang dikaitkan dengan perpindahan Ozil terutama untuk meninggalkan Arsenal.

Namun Wenger akhirnya mendedahkan dimana Ozil boleh tinggalkan Arsenal pada penghujung musim ini apabila berakhirnya kontrak beliau bersama Arsenal.

Ozil pula pada Mei lalu dilaporkan dimana beliau gembira berada bersama Arsenal.
Arsenal star Mesut Ozil insists he’s happy at the club and says the Gunners are one of the biggest teams in the world.
Adakah Ozil benar-benar gembira bersama Arsenal?

Dua Bulan
Jika rundingan bersama Arsenal masih gagal menemui kata putus dan tiada tawaran dilakukan serta Ozil tidak menandatangani sebarang perjanjian bersama Arsenal, Januari nanti beliau sudah boleh menandatangani pra-kontrak bersama kelab lain.

Januari 2018, Ozil dibenarkan menandatangani pra kontrak bersama kelab lain.

Rumusan
Situasi Ozil ketika ini berbeza dengan Sanchez walaupun kontrak kedua-dua pemain ini bakal berakhir dipenghujung musim ini.

Sanchez dilaporkan mahu meninggalkan Arsenal manakala Ozil dilaporkan gembira Arsenal bersama namun tiada rundingan kontrak dilakukan semenjak Februari lalu.

Hubungan Ozil bersama media UK juga tidak pernah mengalami detik indah dan beliau sentiasa menjadi bahan kritikan begitu juga dikalangan pundit-pundit yang sentiasa mengkritik beliau.

Dengan layanan yang diterima ketika ini, mungkin 'kegembiraan' beliau sebenarnya adalah 'kebosanan' dan tekanan sehinggakan beliau mengeluarkan kenyataan meminta segala kritikan dihentikan sebaliknya meminta mereka untuk menyokong pasukan ketika ini.

Arsenal midfielder tells ex-players to 'stop talking and start supporting'.

Punca Ozil menyertai Arsenal adalah kerana Arsene Wenger yang dikatakan mempercayai bakat dan kebolehan beliau serta memerlukan khidmat beliau.

I did not get the respect and trust. It was a bit difficult. When I spoke to Arsène on the phone, he was full of respect and, as a player, I need that.I’m not disappointed. I’m at Arsenal now, which is one of the biggest clubs in the world. - Mesut Ozil.

Pernah satu ketika dimana media melaporkan beliau mahu meninggalkan Arsenal kerana kecewa dengan prestasi pasukan dibawah kendalian Wenger dan beliau kemudian nya menafikan berita tersebut sambil menjelaskan beliau masih mempercayai Wenger.
Jika beliau tidak lagi mendapat kepercayaan Wenger, sudah pasti beliau akan berpindah sebagaimana ketika beliau bersama Real Madrid.

Dan jika beliau tidak lagi diperlukan oleh Arsenal adakah salah beliau menyertai kelab EPL lain?

Situasi berbeza untuk pemain yang tidak diperlukan dan diperlukan oleh Arsenal yang akhirnya pemain menyertai pasukan EPL lain.

Masih ingat kisah Chamberlain yang menolak tawaran Arsenal demi berpindah ke Liverpool?

Apa-apapun Arsenal bukanlah bergantung kepada seorang pemain sahaja, Leicester City pernah membuktikan sesuatu yang mustahil pada dua musim lalu (2015/16) apabila menjuarai liga tanpa kelibat pemain ternama dunia.

Walaupun apapun yang berlaku (mengenai) perpindahan pemain, sokongan terhadap Arsenal tidak pernah pudar dan harapan untuk Arsenal menjuarai liga tetap ada....(walaupun tidak pasti bila).

#COYG

Post a Comment

Previous Post Next Post