The North London Derby: Kisah Spurs didenda kerana menurunkan pemain Arsenal.

Perang Dunia Pertama ataupun WWI bermula diantara 28 Julai tahun 1914 sehingga 11 November tahun 1918. Dan tercetusnya perang dunia ini apabila Archduke Franz Ferdinand dari Austria-Hungary bersama isterinya terbunuh di Sarajevo, Bosnia.

Ekoran kematian Franz Ferdinand (Archduke of Austria-Hungary)  dan isteri beliau di negara Balkan tersebut yang dipercayai merupakan satu pembunuhan terancang dan Austria-Hungary akhirnya memutuskan untuk menyerang Serbia setelah mendapat sokongan Jerman.

Bosnia merupakan kawasan naungan Austria yang dituntuti oleh Serbia dan pembunuhan tersebut membangkitkan kemarahan Empayar (kerajaan) Austria - Hungary.

Maka bermulalah Perang Dunia Pertama apabila Jerman menyerang Russia yang membantu Serbia kemudiannya diikuti beberapa serangan keatas negara lain yang menyebabkan campur tangan beberapa negara dalam Perang Dunia Pertama ini.


Perang Dunia Pertama melibatkan Jerman, Austria-Hungary, Bulgaria dan Empayar Uthmaniyyah yang dikenali dengan Kuasa Tengah berjuang melawan Pihak Bersekutu yang dianggotai oleh Great Britain, Perancis, Rusia, Itali, Romania dan Amerika Syarikat. 

Jerman akhirnya menandatangani gencatan senjata (perjanjian) pada 11 November 1918 dan berakhirlah Perang Dunia Pertama ini yang mengakibatkan hampir 10 juta nyawa askar (kedua-dua pihak) terkorban.



Kesan Perang Dunia Pertama

Britain menerima kesan besar dalam sukan bolasepak akibat Perang Dunia Pertama ini. Selain liga yang terpaksa ditangguhkan, kesan lain adalah melibatkan kelab-kelab bolasepak itu sendiri dan juga para pemain.

Kebanyakan pemain dikerahkan untuk menyertai pasukan tentera dengan menggunakan kelab atau pasukan bolasepak sebagai media untuk merekrut anggota tentera.

Bolasepak digunakan sebagai medium untuk merekrut anggota tentera.
Musim 1914/15
Ketika ini liga dikenali dengan Liga Bolasepak Inggeris - English Football League (EFL) dan dipecahkan menjadi tiga bahagian :

➧ Division Pertama (First Division).
➧ Division Kedua (Second Division).
➧ Liga Selatan (Southern League)

Berikut adalah juara liga bagi saingan musim 1914/15:

Liga Pemenang / Juara
First Division Everton
Second Division Derby County
Southern League Watford
FA Cup Sheffield United

Pasukan dan kedudukan liga :

➧ Division Pertama
Kedudukan Kelab P M S K G B Mata
1 Everton 38 19 8 11 76 47 46
2 Oldham Athletic 38 17 11 10 70 56 45
3 Blackburn Rovers 38 18 7 13 83 61 43
4 Burnley 38 18 7 13 61 47 43
5 Manchester City 38 15 13 10 49 39 43
6 Sheffield United 38 15 13 10 49 41 43
7 The Wednesday 38 15 13 10 61 54 43
8 Sunderland 38 18 5 15 81 72 41
9 Bradford Park Avenue 38 17 7 14 69 65 41
10 West Bromwich Albion 38 15 10 13 49 43 40
11 Bradford City 38 13 14 11 55 49 40
12 Middlesbrough 38 13 12 13 62 74 38
13 Liverpool 38 14 9 15 65 75 37
14 Aston Villa 38 13 11 14 62 72 37
15 Newcastle United 38 11 10 17 46 48 32
16 Notts County 38 9 13 16 41 57 31
17 Bolton Wanderers 38 11 8 19 68 84 30
18 Manchester United 38 9 12 17 46 62 30
19 Chelsea 38 8 13 17 51 65 29
20 Tottenham Hotspur 38 8 12 18 57 90 28
P = Perlawanan, M = Menang, S= Seri, K= Kalah, G= Gol dijaringkan, B= Bolos

➧ Division Kedua
Kedudukan Kelab P M S K G B Mata
1 Derby County 38 23 7 8 71 33 53
2 Preston North End 38 20 10 8 61 42 50
3 Barnsley 38 22 3 13 51 51 47
4 Wolverhampton Wanderers 38 19 7 12 77 52 45
5 Arsenal 38 19 5 14 69 41 43
6 Birmingham 38 17 9 12 62 39 43
7 Hull City 38 19 5 14 65 54 43
8 Huddersfield Town 38 17 8 13 61 42 42
9 Clapton Orient 38 16 9 13 50 48 41
10 Blackpool 38 17 5 16 58 57 39
11 Bury 38 15 8 15 61 56 38
12 Fulham 38 15 7 16 53 47 37
13 Bristol City 38 15 7 16 62 56 37
14 Stockport County 38 15 7 16 54 60 37
15 Leeds City 38 14 4 20 65 64 32
16 Lincoln City 38 11 9 18 46 65 31
17 Grimsby Town 38 11 9 18 48 76 31
18 Nottingham Forest 38 10 9 19 43 77 29
19 Leicester Fosse 38 10 4 24 47 88 24
20 Glossop 38 6 6 26 31 87 18
P= Perlawanan, M=Menang, S= Seri, K=Kalah, G=Gol dijaringkan, B=Bolos

➧ Liga Selatan
Kedudukan Pasukan P M S K G B Mata
1 Watford 38 22 8 8 68 46 52
2 Reading 38 21 7 10 68 43 49
3 Cardiff City 38 22 4 12 72 38 48
4 West Ham United 38 18 9 11 58 47 45
5 Northampton Town 38 16 11 11 56 51 43
6 Southampton 38 19 5 14 78 74 43
7 Portsmouth 38 16 10 12 54 42 42
8 Millwall 38 16 10 12 50 51 42
9 Swindon Town 38 15 11 12 77 59 41
10 Brighton & Hove Albion 38 16 7 15 46 47 39
11 Exeter City 38 15 8 15 50 41 38
12 QPR 38 13 12 13 55 56 38
13 Norwich City 38 11 14 13 53 56 36
14 Luton Town 38 13 8 17 61 73 34
15 Crystal Palace 38 13 8 17 47 61 34
16 Bristol Rovers 38 14 3 21 53 75 31
17 Plymouth Argyle 38 8 14 16 51 61 30
18 Southend United 38 10 8 20 44 64 28
19 Croydon Common 38 9 9 20 47 63 27
20 Gillingham 38 6 8 24 43 83 20
P= Perlawanan, M=Menang, S= Seri, K=Kalah, G=Gol dijaringkan, B=Bolos




Tottenham didenda


Sebelum tercetusnya perang, pemain bolasepak ketika itu (rata-ratanya adalah profesional) mempunyai kontrak bersama pasukan buat tempoh setahun dan akan diperbaharui dari tahun ke tahun.

Pada Perang Dunia Pertama, Great Britain telah mengisytiharkan perang ke atas Jerman pada 4 Ogos 1914 dan ini menyebabkan hampir kesemua pertandingan sukan dan liga bolasepak terhenti.

Namun, Liga Bola Sepak masih diteruskan pada musim 1914-15 dan pemain hanya boleh menyertai pasukan bersenjata (tentera) jika kelab bersetuju untuk melepaskan dan membatalkan kontrak mereka.

Ini juga merupakan salah satu kesan daripada peperangan ini dimana kelab-kelab mengalami masalah kekurangan pemain kerana kebanyakan pemain bolasepak ketika itu terlibat dalam peperangan dengan menyertai pasukan tentera selepas kontrak mereka berakhir atau dibatalkan oleh kelab.

Sebagai penyelesaian, kebanyakan kelab mengambil pemain daripada pasukan lain sebagai pemain jemputan untuk perlawanan tidak rasmi termasuklah Arsenal dan juga Tottenham Hotspur.

Walaupun liga dihentikan seketika, namun kelab-kelab bolasepak ini masih aktif dalam beberapa perlawanan tidak rasmi dan pemain-pemain yang beraksi sebagai pemain jemputan mestilah mendapat kebenaran kelab untuk beraksi. 

Pada 10 April 1917, walaupun liga digantung ketika itu, namun perlawanan bolasepak tetap diadakan secara tidak rasmi dan Spurs ketika ini menghadapi pasukan Portsmouth dalam satu perlawanan bolasepak yang diadakan secara tidak rasmi (bukan saingan liga).

Dalam perlawanan itu, Ernie Williamson telah bermain untuk Spurs selaku pemain jemputan dan akibatnya, Spurs didenda kerana menurunkan pemain Arsenal tanpa kebenaran daripada Arsenal.

Akibat menggunakan pemain Arsenal tanpa kebenaran, pasukan Tottenham akhirnya didenda sebanyak lima guinea (jika ditukarkan pada nilai matawang sekarang ianya dianggarkan sekitar £5.25).

Ernie Williamson. Kredit gambar : Croydon Common Football Club 
Liga Bolasepak dihentikan (digantung seketika) pada tahun 1915 sehingga 1919 berikutan Perang Dunia Pertama.



Sejarah Ringkas Ernie Williamson

Dilahirkan pada tahun 1890 di County Durham, beliau bermain untuk pasukan tempatan iaitu Murton Red Star dan Wingate Albion sebelum berpindah untuk menyertai Liga Selatan bersama Croydon Common pada tahun 1913.

Dan kelab ini, Croydon Common merupakan satu-satunya kelab bolasepak Inggeris yang lenyap (dibubarkan) selepas berakhirnya Perang Dunia Pertama.

Williamson telah membuat 125 penampilan bersama kelab tersebut sebelum menyertai Arsenal pada musim 1916/17.

Semasa perang melanda, beliau mendaftar diri bersama skuad 'Footballers' Battalion' dan kemudiannya bermain untuk pasukan tentera disamping pemain jemputan untuk beberapa kelab termasuklah Arsenal dan Spurs.

Selepas peperangan berakhir (1919), beliau secara rasminya menjadi pemain Arsenal dan membuat debut beliau dalam Liga Bola Sepak bersama Arsenal ketika menentang Newcastle pada perlawanan pembukaan liga musim 1919/20.

Beliau membuat 113 penampilan bersama Arsenal dan pada zaman itu juga beliau turut bermain dalam pertandingan amal untuk veteran perang. Malahan pasukan Arsenal ketika itu juga pernah beraksi dengan mata ditutup dalam perlawanan amal menentang veteran perang (buta) dalam tahun 1920 - 1921.

Williamson juga pernah mewakili skuad kebangsaan England sebanyak dua kali. Dan pada tahun 1922, beliau kemudiannya menyertai Norwich sebelum bersara pada tahun 1925.

Seperti kebanyakan pemain lain pada era tersebut, bakat beliau terbantut ekoran peperangan yang melanda pada zaman itu dan beliau menghembus nafas terakhir pada April 1964 dirumah beliau di Norwich.

Fakta menarik mengenai Williamson
➽ Beliau menyertai Arsenal pada tahun 1919 dengan yuran perpindahan ditetapkan oleh Jawatankuasa Liga sebanyak £150.

➽ Beliau juga mampu beraksi pada mana-mana posisi selain penjaga gol.

➽ Menjadi penjaga garisan dalam pertandingan amal pakain beragam diantara  pasukan Polis Diraja menentang pasukan Traders Lewes pada 29.3.1922.

➽ Beliau juga merupakan pemain kriket yang berbakat.
Ernest Williamson bersama skuad Arsenal musim 1920/21.

Pasukan Arsenal 1914/15. Kredit gambar dan sumber : Islington Local History Centre and Museum.


Fakta-fakta menarik mengenai bolasepak pada Perang Dunia Pertama.

➠ Higbury menjadi padang bagi sukan baru di Britain, Anglo-American Baseball League.
Sukan 'Baru' diperkenalkan dan dimainkan di Britain.
➠ Kilang-kilang menghasilkan pakaian dan senjata perang mempunyai pasukan bolasepak wanita sendiri.
Pekerja kilang senjata wanita digalakkan bermain sukan, terutamanya bola sepak.

➠ Bolasepak membantu tentera lebih cergas dan meningkatkan moral.
Sukan digalakkan untuk menjaga moral dan kecergasan dikalangan tentera.

➠  Tawanan perang dibenarkan bermain bolasepak dikem tahanan.
Bola yang dipersembahkan kepada kepada Leftenan Jack Shaw, yang menganjurkan pertandingan diantara tahanan di kem Holzminden  pada November 1918.

➠ Perlawanan digunakan untuk propaganda.
Alat mainan bolasepak buatan British yang mempersendakan pihak Jerman.
➠ Bolasepak dimainkan dipadang latihan perang.
Pegawai tentera melawan lain-lain pangkat dalam satu pertandingan bolasepak di padang latihan perang.



Sumber rujukan: 

Post a Comment

Previous Post Next Post