AGM 2017 - Kecoh namun keputusan tetap sama.


Arsenal dilaporkan seolah tidak bersedia bagi Mesyuarat Agung Tahunan 2017 mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Independent.

Kehadiran jumlah pemegang saham yang ramai untuk mengetahui perkembangan dan hala tuju pasukan serta bagi mendapatkan penjelasan mengenai beberapa isu berkaitan kelab menimbulkan sedikit kekecohan ketika AGM ini.
The AGM as an event seemed almost unprepared for this, as reflected by the momentary chaos around the room, to go with the fact that they hadn’t initially put out enough chairs for all those present. Many who attended felt this was the busiest AGM in memory, and it felt busiest when the shareholders feverishly scribbled down their poll vote to make their dissent known. - Independent.
Namun disebalik kehadiran ramai (pemegang saham) yang  inginkan kepastian, ianya tidak membantu mereka untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan yang diutarakan.

Mereka jelas kecewa dengan keputusan dan jawapan yang diterima pada AGM kali ini.



Kekecohan
Buat pertama kalinya dalam sejarah AGM Arsenal, resolusi untuk memilih semula pengerusi, Sir Chips Keswick didalam Lembaga Pengarah ditolak oleh sebilangan pemegang saham yang hadir.

Chairman - Sir Chips Keswick.
 Kredit gambar : Arsenal.

*resolusi bermaksud keputusan atau ketetapan yang dibuat dalam sesuatu mesyuarat atau persidangan.

Keputusan ini menyebabkan proses pemilihan (re-elec) terpaksa melalui proses undian. 

Begitu juga dengan resolusi untuk memilih semula anak kepada pemilik Arsenal, Josh Kroenke untuk berada dikerusi lembaga pengarah yang turut melalui proses yang sama.
Director - Josh Kroenke
 Kredit gambar : Arsenal.
Walaupun ditolak, namun akhirnya keputusan tetap sama dan dimana tiada apa yang terjadi (perubahan) dengan Josh Kroenke dipilih semula menduduki kerusi didalam Lembaga Pengarah begitu juga dengan keputusan mengenai Sir Chips Keswick yang kekal dipilih semula menduduki kerusi Pengerusi Lembaga Pengarah.

Ketidakhadiran pemegang saham terbesar dan pemilik Arsenal, Stan Kroenke memaksa Ivan Gazidis, Sir Chips Keswick dan Arsene Wenger untuk menjawab segala persoalan pada sesi soal jawab.

Chief Executive Officer - Ivan Gazidis.
Kredit gambar : Arsenal.
Ivan Gazidis menerima 'boo' daripada pemegang saham yang hadir dan tepukan sayup kedegaran ketika menjawab soalan mengenai dasar perpindahan pemain.
No club has a perfect record every year under this scrutiny but Arsenal has probably been, of the big clubs certainly, the most consistently over-performing team over time. - Ivan Gazidis yang dipetik daripada Independent.
Sir Chips Keswick sekali lagi mendapat perhatian apabila menjawab soalan mengenai Alisher Usmanov (pemegang kedua saham terbesar Arsenal) yang tidak diberikan kerusi ahli lembaga pengarah didalam organisasi ini.

Dan beliau dengan tegas menjawab bahawa kedudukan itu (tidak diberikan kerusi ahli lembaga pengarah) adalah muktamad dan kekal.

Alisher Usmanov tidak akan diberikan peluang untuk menduduki kerusi didalam Ahli Lembaga Pengarah.
Soalan yang sudah dijangka bakal timbul pada AGM ini iaitu mengenai tahap minat dan kesungguhan Kroenke terhadap Arsenal mendapat maklum balas yang dijawab oleh Sir Chips Keswick.

Andaian mengenai Kroenke yang dikatakan tidak berminat untuk melihat kejayaan Arsenal (selain mengaut keuntungan) ditepis oleh Sir Chips Keswick yang akhirnya mencetuskan sedikit kekecohan apabila beliau meminta pemegang saham untuk membaca laporan akhbar bagi mengetahui lebih lanjut mengenai tahap kesungguhan Kroenke dalam melihat kejayaan Arsenal.
It’s not on the agenda… read the Daily Telegraph today and you’ll find out.
Sekian dahulu kupasan kali ini mengenai AGM Arsenal 2017, segala sumber adalah daripada Arsenal, Independent, Guardian, Metro dan lain-lain.

Post a Comment

Previous Post Next Post