Previu : Arsenal vs Swansea


Esok, 28 Oktober 2017 jam 10 malam waktu Malaysia, Arsenal bakal menerima kunjungan kelab Wales, Swansea City FC bagi saingan liga (perlawanan ke-10).

Swansea ketika ini menghuni tangga ke-15 liga dengan mengumpul lapan mata hasil daripada dua kemenangan dan dua seri.

Kedudukan liga ketika ini

Kedudukan Pasukan P M S K J B +/- Mata
5 Arsenal 9 5 1 3 17 12 +5 16
15 Swansea City 9 2 2 5 6 10 -4 8

Rekod pertembungan kedua-dua pasukan sebelum ini, menjadi milik Arsenal apabila berjaya menewaskan pasukan Swansea pada pertembungan terakhir mereka dengan kemenangan 4-0 berpihak kepada Arsenal.


Highlights pertembungan terakhir kedua-dua pasukan musim lalu:

14 Jan 2017 | Swansea City 0-4 Arsenal

Prestasi kedua-dua pasukan dalam saingan liga 2017/18 setakat ini.
Pasukan \ Perlawanan 1 2 3 4 5 6 7 8 9
Arsenal M K K M S M M M M
Swansea City S K M K S K K M K

Head to Head
Arsenal head to head Swansea
23 Perlawanan
12 Menang 8
3 Seri 3
8 Kalah 12
34 Jumlah Jaringan 27
27 Jumlah Bolos 34

Rekod Pertembungan
Tarikh Perlawanan Keputusan Saingan
06 Mar 1926 Swansea Town v Arsenal 2-1 FA Cup
28 Jan 1950 Arsenal v Swansea Town 2-1 FA Cup
17 Feb 1968 Swansea Town v Arsenal 0-1 FA Cup
26 Ogos 1980 Swansea City v Arsenal 1-1 League Cup
02 Sep 1980 Arsenal v Swansea City 3-1 League Cup
10 Okt 1981 Swansea City v Arsenal 2-0 League Division One
27 Feb 1982 Arsenal v Swansea City 0-2 League Division One
20 Nov 1982 Swansea City v Arsenal 1-2 League Division One
01 Jan 1983 Arsenal v Swansea City 2-1 League Division One
10 Sep 2011 Arsenal v Swansea City 1-0 Premier League
15 Jan 2012 Swansea City v Arsenal 3-2 Premier League
01 Dis 2012 Arsenal v Swansea City 0-2 Premier League
06 Jan 2013 Swansea City v Arsenal 2-2 FA Cup
16 Jan 2013 Arsenal v Swansea City 1-0 FA Cup
16 Mac 2013 Swansea City v Arsenal 0-2 Premier League
28 Sep 2013 Swansea City v Arsenal 1-2 Premier League
25 Mac 2014 Arsenal v Swansea City 2-2 Premier League
09 Nov 2014 Swansea City v Arsenal 2-1 Premier League
11 Mei 2015 Arsenal v Swansea City 0-1 Premier League
31 Okt 2015 Swansea City v Arsenal 0-3 Premier League
02 Mac 2016 Arsenal v Swansea City 1-2 Premier League
15 Okt 2016 Arsenal v Swansea City 3-2 Premier League
14 Jan 2017 Swansea City v Arsenal 0-4 Premier League



Perkembangan pasukan.
Arsene Wenger dijangkakan mengekalkan skuad yang sama ketika menewaskan Everton minggu lalu.

Setakat ini tiada laporan mengatakan kecederaan baru bagi pemain selain  Santi Cazorla, Shkodran Mustafi dan Danny Welbeck yang masih belum pulih bagi perlawanan minggu ini.

Manakala Calum Chambers kembali menjalani latihan dan David Ospina dijangka mampu beraksi pada perlawanan seterusnya bagi saingan Liga Europa.

Kesebelasan utama Arsenal ketika bertemu Everton minggu lalu.
Sementara pasukan Swansea pula terpaksa melupakan kihdmat pemain Martin Olsson yang mengalami kecederaan (hamstring) ketika Swansea tewas 2-0 kepada Manchester United dalam saingan Carabao Cup Selasa lalu.

Walaupun Swansea hanya mampu merekodkan dua kemenangan dan dua seri dalam saingan liga setakat ini, namun kedua-dua (kemenangan dan seri) rekod tersebut hadir tanpa gawang mereka dibolosi (clean sheets).

Dan mereka juga mampu mengekalkan gawang mereka daripada dibolosi ketika menentang Spurs ditempat lawan, Stadium Wembley (home bagi Spurs musim ini).

Tarikh Perlawanan Keputusan
14 Oktober 2017 Swansea vs Huddersfield 2-0
17 September 2017 Spurs vs Swansea 0-0
26 Ogos 2017 Crystal Palacs vs Swansea 0-2
12 Ogos 2017 Southampton vs Swansea 0-0

Pemain berbahaya Swansea
Boleh dikatakan dua penyerang mereka iaitu Tammy Abraham dan Jordan Ayew setakat ini paling berbisa dengan gabungan dua pemain ini telah menghasilkan lima daripada enam jaringan keseluruhan pasukan Swansea setakat bagi saingan liga.

Tammy Abraham, 20 tahun merupakan pemain pinjaman Swansea daripada Chelsea. Beliau setakat ini telah membuat sembilan penampilan dalam saingan liga dan telah menjaringkan empat gol (bagi saingan liga).

Tammy Abraham telah menjaring 4 gol setakat ini dalam saingan liga buat Swansea.
Manakala Jordan Ayew, 26 tahun yang baru menyertai Swansea musim ini telah menjaringkan satu gol daripada sembilan penampilan dan menghasilkan dua bantuan gol dalam aksi saingan liga bersama Swansea setakat ini.

Jordan Ayew telah menjaringkan 1 gol dan 2 'assists' setakat ini dalam saingan liga buat Swansea.
Formasi dan kesebelasan utama Swanse bagi perlawanan terakhir (liga) sebelum ini.
Swansea 1-2 Leicester (21 Oktober 2017)
Pada perlawanan menentang Manchester United dalam saingan Carabao Cup Selasa lalu (pagi Rabu waktu Malaysia), Swansea telah merehatkan beberapa pemain utama mereka bagi memberi tumpuan menentang Arsenal esok.

Kesebelasan utama Swansea ketika menentang Man.United bagi saingan Carabao Cup.
Ramalan
Kongsikan pendapat dan ramalan anda. Penulis meramalkan Arsenal menang 3-1.

Ramalan keputusan perlawanan

Arsenal kalah
Perlawanan berkesudahan seri
Arsenal menang dengan kelebihan satu gol
Arsenal menang dengan kelebihan dua gol
Arsenal menang besar
Other
Please Specify:
Poll-Maker

Post a Comment

Previous Post Next Post