Arsenal mahu kekalkan duo berbisa


Persembahan mantap dan mengagumkan hasil gandingan Ozil dan Sanchez pada perlawanan menentang Everton tempoh hari benar-benar menghiburkan para peminat dan penyokong Arsenal.

Bahkan pemilik Arsenal sendiri turut terhibur sehinggakan membuka mata beliau untuk mengekalkan gandingan pemain ini.
Arsenal owner Stan Kroenke said the club would "love to keep" stars Alexis Sanchez and Mesut Ozil. - Goal
Laporan Goal itu menyatakan dimana pemilik Arsenal,  Stan Kroenke mahu mengekalkan pemain bintang  ternama mereka,  Alexis Sanchez dan Mesut Ozil. 


Kedua-dua pemain ini masih belum menandatangani pembaruan kontrak dan Arsenal menghadapi risiko kehilangan duo berbisa ini secara percuma dipenghujung musim nanti.

Dua kelab 'bersaudara' Manchester (United dan City) dilaporkan menjadi destinasi kedua-dua pemain ini musim depan walaupun masih belum dapat dipastikan kebenaran mengenai rumors yang hangat diperkatakan ketika ini.

Namun Kroenke bertegas mahu mengekalkan gandingan Sanchez dan Ozil yang berjaya mempamerkan aksi yang cukup cemerlang ketika Arsenal menewaskan Everton 5-2 Ahad lalu.



Menurut Kroenke yang dipetik daripada laman Goal, beliau mahu mengekalkan pemain utama Arsenal selain mahu menarik minat pemain ternama lain menyertai Arsenal.

Namun ianya memerlukan persetujuan kedua-dua belah pihak (bersama) untuk menjadikan ianya realiti.
It takes two to dance. We'll keep working to keep our top talent and to attract more talent but some of the guys we've got are looking pretty good. - Kroenke
Selain memerlukan persetujuan kedua-dua belah pihak (diantara pemain dan kelab) beliau turut mengakui kesukaran dalam membelanjakan (pembelian) dimana ianya perlu mematuhi Peraturan Kewangan UEFA - Financial Fair Play (FFP).

Memandangkan Kroenke telah mengatakan minat untuk mengekalkan kedua-dua pemain ini (jika ianya benar-benar dimaksudkan beliau), tugas berat menanti Wenger dan juga Ketua Eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis bagi memujuk kedua-dua pemain ini memandangkan Dick Law tidak lagi bersama Arsenal.

Ivan Gazidis dan Arsene Wenger
Dick Law merupakan ketua perunding kontrak (chief transfer negotiator) yang telah meninggalkan Arsenal pada bulan lalu.

Dan pada Julai lalu, Arsenal telah melantik Huss Famy (pakar undang-undang dan komersial Team Sky) sebagai perunding kontrak pemain.

Huss Fahmy.

Post a Comment

Previous Post Next Post