Wenger dapat 'suntikan' tambahan


Arsenal dilaporkan bakal membawa masuk bekas Pengarah Sukan kelab Barcelona yang pernah membawa Neymar menyertai kelab itu untuk bergandingan bersama Wenger.

Laporan daripada Metro menyatakan dimana Arsenal dijangkakan bakal menandatangani Raul Sanllehi sebagai pengarah operasi kelab dan urusan tersebut dikatakan bakal selesai bulan depan.
And Spanish newspaper Sport claim Sanllehi will take up his role at the Emirates in the coming months. - Metro.
Selain Arsenal, beliau (Sanllehi) turut dikaitkan dengan beberapa kelab Liga Inggeris yang lain selepas tersebarnya berita mengenai beliau bakal meninggalkan Barcelona (sebelum ini) termasuklah Manchester City.

Raul Sanllehi (kanan).  Kredit gambar: Kicker
Namun menurut laporan itu, Arsenal dikatakan berjaya 'mengalahkan' City untuk mendapatkan Sanllehi.

Sepanjang tempoh 10 tahun bersama Barcelona, Sanllehi telah berjaya membawa masuk pemain-pemain terkenal seperti Neymar, Ivan Rakitic dan Luis Suarez ke Camp Nou.

Dan termasuklah pemain Arsenal sekarang iaitu Alexis Sanchez yang dibawa masuk ke Barcelona daripada Udinese.



Manakala laporan daripada Independent pula menyatakan Arsenal masih mencari calon lain yang sesuai bagi mengisi tempat yang ditinggalkan oleh Dick Law (chief transfer negotiator) dan masih belum memutuskan mengenai Raul Sanllehi bersama kelab itu.

Sebelum ini bekas pemain sayap Arsenal turut dikaitkan bagi mengisi tempat Law itu dan dikatakan Marc Overmars turut berada didalam senarai pendek Arsenal.


Dan Overmars bersama Ajax juga melakukan perkara yang sama atau menjalankan tanggungjawab yang sama sebagaimana Sanllehi.

Marc Overmars juga dikaitkan dengan pengganti Law.


Post a Comment

Previous Post Next Post