Berbaloikah Julian Draxler?

Julian Draxler, 24 tahun telah mengecapi dua kejuaraan tertinggi dunia apabila memenangi Piala Dunia 2014 dan Piala Konfederasi  FIFA 2017 bersama Jerman.

Beliau setakat ini telah membuat 38 penampilan bersama skuad Kebangsaan Jerman dan berjaya menjaringkan enam gol hingga ke saat artikel ini ditulis.

Dengan usia yang masih muda, tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa beliau bakal menjadi lagenda ataupun pemain terhebat Jerman satu hari nanti.

Dan mungkin juga beliau bakal menjadi pemain terbaik dunia. 😎 😎 😎

Namun semua itu bergantung kepada kelab mana yang bakal ataupun dimana beliau beraksi.

Ketika ini beliau bersama kelab Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) yang disertai beliau pada penghujung tahun 2016 (Disember) dengan nilai perpindahan dianggarkan sekitar €40juta (RM200juta) dan beliau telah mengikat kontrak selama empat tahun bersama kelab tersebut.

ARSENAL
Empat hari lalu, media mengaitkan beliau sekali lagi dengan Arsenal dan kali ini dikatakan bahawa Wenger sudi untuk menukarkan pemain sensasi beliau, Alexis Sanchez dengan PSG untuk mendapatkan Draxler.
Arsene Wenger keen to swap Alexis Sanchez for Julian Draxler as Arsenal weigh transfer. - Metro.
Adakah berbaloi bagi Arsenal mendapatkan Draxler dan melepaskan Sanchez?

Jika mengambil kira faktor kontrak dengan Sanchez dilaporkan enggan menandatangai kontrak baru bersama Arsenal, sudah tentu jawapan adalah 'Ya'.

Namun jika dikira faktor berdasarkan statistik, bagaimana pula?


Draxler vs Sanchez, mana satu lebih berbisa.
Berikut adalah statistik dan perbandingan kedua-dua pemain ini:

Dari data yang dikeluarkan oleh WhoScored, jelas mereka memilih Sanchez lebih berbisa berbanding Draxler sebagaimana data berikut (bagi musim lalu - 2016/17).
Statistik kedua-dua pemain yang dikeluarkan WhoScored berdasarkan data OPTA.
Manakala data dibawah pula diambil daripada Squawka bagi membandingkan kedua-dua pemain ini.

Dan sekali lagi melalui laman ini, data secara keseluruhan menunjukkan rekod Sanchez lebih baik berbanding apa yang dimiliki oleh Draxler.

Berikut ringkasan data daripada Squawka:
(bagi pengguna mobile/handphone, sila swipe kekiri untuk melihat jadual penuh)

Draxler vs Sanchez
(Average per Game)
2016/2017 Possession
Score
Pass
Completion
Take-On
Success Rate
Key Passes Chances Created Assists Total Score
Julian Draxler 5.79 85% 73.17% 1.18 1.87 0.06 41.65
Alexis Sanchez -6.42 73% 68.12% 1.79 2.18 0.26 42.13
Data diambil daripada : www.squawka.com

Namun data mengenai Draxler mungkin boleh dipertikaikan kerana beliau bermain untuk dua kelab pada musim lalu dan masih belum beraksi penuh satu musim buat PSG.

Berikut rekod beliau musim lalu (2016/17):
Saingan 2016/17 Penampilan Gol Assists
Ligue 1 17 4 2
1.Bundesliga 13 - 2
Coupe de France 5 4 -
Champions League 2 1 -
DFB-Pokal 1 - -
Coupe de la Ligue 1 1 1
Jumlah 39 10 5

Manakala Sanchez pula :
Saingan 2017/18 Penampilan Gol Assists
Premier League 38 24 11
Champions League 8 3 5
FA Cup 5 3 3
Jumlah 51 30 19

Perbandingan rekod kedua-dua pemain tersebut bagi musim ini (2017/18): 
Saingan 2017/18 Umur Penampilan Gol Assists
Draxler 24 8 1 2
Sanchez 28 7 1 2



Posisi kedua-dua pemain
Kedua-dua peman ini mempunyai kekuatan pada kaki kanan walaupun posisi utama mereka berdua adalah pada sayap kiri kecuali Sanchez mempunyai kelebihan (kekuatan) apabila bermain pada centre forwad.

Kedua-dua pemain ini juga mampu beraksi pada posisi lain termasuklah sebagai penyerang kedua.

Namun jika mengambil kira posisi pada Arsenal ketika ini, kelab ini lebih memerlukan pemain pada posisi sayap kiri dan Draxler yang dikaitkan untuk menggantikan Sanchez juga mampu mengisi posisi tersebut.

Berikut data dan statistik mereka berdua musim lalu.
Menjadi masalah pada bahagian serangan Arsenal jika Arsenal kehilangan dua pemain yang ketika ini hangat dikaitkan dengan perpindahan, Sancehz dan Ozil.

Walaupun memiliki pemain-pemain lain yang mampu mengisi kekosongan tersebut, namun ketika ini jika Sanchez ditukarkan dengan Draxler dan Ozil masih kekal, kita bakal menyaksikan gandingan dua peman Jerman yang sama-sama pernah menjulang Piala Dunia 2014.

Adakah Draxler sesuai dan berbaloi jika Wenger bertindak menukarkan pemain ini (Sanchez dan Draxler)?

Apa kata anda? Kongskan bersama kami.

Production bg keluaran pre order limited edition favorite player sudah bermula. Tinggal satu hari shj lg utk order. Terima kasih pd rakan gunners yg telah order production dijangka 3-5 hari. - Kaki Arsenal

Post a Comment

Previous Post Next Post