Mampukah Wenger bantu Wilshere dalam Piala Dunia


England sudah pun mengesahkan tempat ke Piala Dunia Russia 2018 selepas berjaya menewaskan Slovenia 1-0 di Wembley Khamis lalu.

Gol tunggal dan kemenangan England itu adalah hasil jaringan Harry Kane pada masa kecederaan separuh masa kedua perlawanan.

Walaupun berbaki satu lagi perlawanan pada peringkat kelayakan, England yang menghuni tangga teratas kumpulan F mengesahkan tempat pada Piala Dunia 2018  apabila mengumpul 23 mata dengan perbezaan enam mata meninggalkan Scotland ditangga kedua yang mengumpul 17 mata.

England ketika ini kekurangan pilihan pada posisi tengah setelah Adam Lallana mengalami kecederaan dan ketiadaan pemain Liverpool tersebut didalam skuad England memberikan peluang buat pemain tengah Arsenal, Jack Wilshere untuk bersama skuad The Three Lions itu pada temasya bolasepak paling berprestij tahun depan.

Namun dengan penampilan masih terhad bersama Arsenal bahkan beliau (Wilshere) masih gagal beraksi dalam saingan liga membuat peluang beliau sedikit tergugat.



Dan pengendali England, Gareth Southgate sendiri mengakui bahawa peluang Wilshere untuk berada didalam skuad kendalian beliau sedikit sukar melainkan beliau berjaya beraksi bersama skuad utama Arsenal.
But he's got to be playing regularly. He has the quality to play at highest level.- Southgate.
Dalam pada itu, Southgate turut memberikan info dan perkembangan terbaru mengenai persiapan skuad England dalam menghadapi perlawanan terakhir peringkat kumpulan bagi kelayakan Piala Dunia 2018 bertemu Lithuania pada 8 Oktober ini.

Southgate mahu Wilshere sentiasa beraksi bersama Arsenal bagi menjamin tempat dalam skuad England di kejohanan Piala Dunia Russia 2018.
Beliau dijangka bakal memberi peluang kepada seorang lagi penjaga gawang berbakat England, Jack Butland bagi menggantikan Joe Hart pada benteng terakhir skuad The Three Lions pada pertemuan menentang Lithuania.

Dele Ali juga bakal kembali beraksi selepas tempoh penggantungan beliau tamat (digantung satu perlawanan) ekoran kekasaran yang dilakukan ketika perlawanan yang menyaksikan England menewaskan Slovakia 2-1 pada 4 September lalu.

Namun, Southgate masih belum memutuskan siapakah yang bakal menggalas tugas selaku kapten England bagi pertemuan itu selepas Kane pada perlawanan lalu diberikan kepercayaan menjadi kapten.

Jack Wilshere kini dikatakan berada pada prestasi terbaik beliau setelah kembali cergas daripada kecederaan yang dialami beliau musim lalu.

Dan mampukah Wenger membantu Wilshere untuk berada dalam skuad kebangsaan England bagi menghadapi kejohanan Piala Dunia 2018 dengan sentiasa menurunkan Wilshere atau memberikan peluang kepada beliau dalam saingan liga musim ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post