Jumlah mata untuk muncul Juara Liga


'International Break' merujuk kepada jadual perlawanan antarabangsa yang telah ditetapkan dalam kalendar tahunan FIFA, dan ianya melibatkan pasukan kebangsaan di seluruh dunia bagi perlawanan tertentu.

Dan aksi kelayakan Piala Dunia FIFA 2018 Rusia kali ini juga termasuk dalam kalendar FIFA dan ianya sudah pasti menyebabkan aksi liga turut terhenti seketika bagi memberi ruang kepada pemain-pemain untuk mewakili pasukan kebangsaan mereka dalam saingan tersebut.

Bagi peminat bolasepak khususnya dari Malaysia dan termasuklah peminat pasukan Arsenal sedikit sebanyak 'rehat' ini agak membosankan.



Pertama sudah pasti kerana ianya tidak melibatkan pasukan negara kita dalam saingan ini (kelayakan Piala Dunia) dan keduanya adalah kerana aksi kelab (Arsenal dan Liga Perdana Inggeris) yang terpaksa ditangguhkan sementara demi memberi laluan kepada aksi tersebut.


Arsenal ketika ini menduduki tangga ke-5 liga setelah mengharungi tujuh perlawanan liga.

Jika dibandingkan dengan prestasi lima musim terdahulu, pencapaian Arsenal musim ini antara terburuk selepas mengharungi tujuh perlawanan.

Namun ianya tidak mencermin kedudukan akhir liga buat Arsenal memandangkan perjalanan liga masih lagi jauh dengan 31 perlawanan perlu diharungi bagi saingan musim ini.

Dan pencapaian terbaik Arsenal (selepas tujuh perlawanan liga) adalah pada musim 2013/14 dengan menghuni tangga teratas liga.

Sekali lagi ianya tidak mencerminkan atau menjamin kedudukan akhir apabila Arsenal pada musim tersebut sekadar menamatkan saingan liga pada kedudukan ke-4.

Berikut adalah info ringkas mata dan kedudukan Arsenal selepas mengharungi tujuh perlawanan pertama liga bagi lima musim terkini.

Selepas 7 Perlawanan
2013/14 2014/15 2015/16 2016/17 2017/18
Kedudukan 1 8 4 3 5
Mata 16 10 13 16 13
Selepas 38 Perlawanan
Kedudukan 4 3 2 5
Mata 79 75 71 75

Manakala carta dibawah adalah merujuk kepada pasukan yang menjuarai liga dengan jumlah mata terakhir yang dimiliki mereka berbanding Arsenal.

Musim Juara Liga Mata Mata Arsenal
2016/17 Chelsea 93 75 (5)
2015/16 Leicester City 81 71 (2)
2014/15 Chelsea 87 75 (3)
2013/14 Manchester City 86 79 (4)
Kedudukan terakhir Arsenal dalam (x).

Melihat kepada rekod pungutan mata Arsenal bagi empat musim terkini (merujuk kepada info diatas), amat sukar untuk Arsenal mengumpul mata melebihi 80.

Dan rata-rata pasukan yang muncul juara memiliki mata yang melebihi 80 dengan Chelsea musim lalu melebihi 90 mata.



Berapa mata untuk menjuarai liga?

Arsene Wenger pernah mengatakan dimana selepas mengharungi sembilan perlawanan liga, jika pasukan teratas mempunyai 20 mata, maka Juara Liga akan memiliki diantara 82-86 mata.

Dan ini bermakna Arsenal perlu mengumul mata melebihi 80 untuk menjuarai liga.
If you look well after nine games, the first trend is set, as they have 20 points. So the champion will have 82-86 points. Every game is a fight in this league.
Berikut adalah data bagi 10 musim terakhir yang mana pasukan memenangi liga mengumpul mata selepas sembilan perlawanan liga.

Daripada 10 pasukan (untuk 10 musim terkini), lima daripada mereka pernah memiliki mata kurang daripada 20 selepas mengharungi sembilan perlawanan liga.

Pasukan-pasukan ini adalah Man.Utd sebanyak dua kali iaitu dengan hanya mengumpul 18mata pada musim 2008/09 dan 17 mata pada musim 2010/11.

Manakala Man.City pula pada musim 2013/14 dengan hanya mengumpul 16 mata dan Leicester yang mengejutkan ramai peminat bolasepak hanya mengumpul 16 mata selepas mengharungi sembilan perlawanan liga sebelum bergelar juara pada musim 2015/16.

Dan juara musim lalu, Chelsea hanya mengumpul 19 mata untuk bergelar juara dipenghujung musim 2016/17.

Bil Musim Juara Mata Mata selepas 9 perlawanan
1 2007/08 Man Utd 87 20
2 2008/09 Man Utd 90 18
3 2009/10 Chelsea 86 21
4 2010/11 Man Utd 80 17
5 2011/12 Man City 89 25
6 2012/13 Man Utd 89 21
7 2013/14 Man City 86 16
8 2014/15 Chelsea 87 23
9 2015/16 Leicester 81 16
10 2016/17 Chelsea 93 19
Purata 86.8 17.8



Berikut adalah kedudukan liga selepas sembilan perlawanan pertama dari musim 2012/13 sehingga 2016/17.

Musim 2012/13 .
Musim 2013/14.
Musim 2014/15.
Musim 2015/16.
Musim 2016/17.
Jika mengambil kira kata-kata Wenger yang mengatakan 'trend' juara liga yang akan memiliki mata melebihi 80 selepas mengharungi sembilan perlawanan pertama liga, kemungkinan musim ini perkara tersebut bakal berlaku.

Ini kerana ketika ini, selepas mengharungi tujuh perlawanan, dua pasukan pendahulu liga telah mengumpul 19 mata dan untuk melepasi 20 mata adalah tidak mustahil dengan baki dua perlawanan lagi.

Manakala Arsenal pula terpaksa bekerja keras bagi mengelakkan daripada terlepas sebarang mata berharga kerana ketika ini hanya mengumpul 13 mata sebagaimana jadual dibawah.

Musim 2017/18 


Post a Comment

Previous Post Next Post