Jack Wilshere dedah perancangan masa depan beliau.


Jack Wilshere, 25 tahun bakal mengikuti jejak langkah rakan sepasukan beliau iaitu Per Mertesacker apabila berakhirnya karier beliau selaku pemain bolasepak.

Bintang sensasi Arsenal itu mendedahkan dimana beliau sudah pun merancang untuk menjadi seorang jurulatih bagi memenuhi tuntutan karier beliau pada masa hadapan.

Mertesacker yang mana kontrak beliau bersama Arsenal bakal berakhir pada penghujung musim ini akan menggalas tugas dan jawatan baru bersama Arsenal sebaik sahaja kontrak beliau selaku pemain berakhir nanti.

Dan beliau bakal mengemudikan Akademi Arsenal dengan bertindak selaku pengurus dan juga jurulatih kepada pasukan tersebut.


Per Mertesacker to take over as Arsenal academy manager in a year’s time. - The Guardian.
Dalam pendedahan terkini yang dibuat oleh Wilshere melalui Arsenal Weekly Podcast, beliau telah menjelaskan dimana beliau telah mula menjalani kurus kejurulatihan ketika dipinjamkan kepada kelab Bournemouth musim lalu.

Dan ketika ini beliau masih mengikuti kursus kejurulatihan UEFA B dan bercadang untuk meneruskan dan melengkapkan lesen kejurulatihan UEFA A kelak.

Mungkin kita bakal menyaksikan gandingan pemain ini selaku pengurus dan pembantu pasukan Arsenal satu hari nanti?
Mungkin satu hari nanti kita bakal menyaksikan kedua-dua pemain ini bakal mengemudikan skuad Arsenal, siapa tahu kan?

Post a Comment

Previous Post Next Post