Richarlison bakal menerima hukuman


Beliau terselamat daripada menerima hukuman ketika perlawanan, namun beliau mungkin bakal digantung ekoran tindakan beliau yang 'menjatuhkan' badan ketika perlawanan menentang Arsenal.

Menurut laporan, pemain Watford itu bakal dihukum ekoran tindakan beliau yang dikatakan sengaja menjatuhkan badan (diving) dalam perlawanan yang menyaksikan Watford menewaskan Arsenal 2-1.

Dan gol Watford yang dihasilkan daripada sepakan penalti tersebut, meranapkan impian Arsenal untuk mengekalkan rekod tanpa kalah setelah mereka (Watford) berjaya bangkit mengubah keputusan perlawanan daripada ketinggalan untuk memenangi perlawanan ini. 

Dilaporkan juga bahawa pihak FA bakal menjalankan siasatan dan meneliti video tindakan pemain tersebut yang dikatakan sengaja menjatuhkan badan.

Jika disabitkan kesalahan, Richarlison bakal menjadi pemain Liga Perdana Inggeris pertama dihukum selepas perlawanan (digantung).
The FA will today review video footage of the penalty awarded during Watford’s 2-1 victory over Arsenal on Saturday.
Dan beliau berdepan hukuman penggantungan dua perlawanan jika disabitkan kesalahan tersebut.

Post a Comment

Previous Post Next Post