Penjelasan Kroenke mengenai Wenger


Menjelang Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Arsenal yang akan diadakan hari ini ( 26 Oktober - tarikh dan waktu UK), pemilik Arsenal, Kroenke mendedahkan dimana ianya adalah mudah untuk 'membuang' Wenger daripada kelab.

Wenger berdepan dengan desakan peminat yang meminta beliau melepaskan jawatan serta meninggalkan Arsenal dipenghujung musim lalu akhirnya bersetuju untuk melanjutkan kontrak beliau selama dua tahun lagi bersama kelab.


Penjelasan Kronke mengenai keputusan untuk mengekalkan Wenger bagi tempoh dua tahun lagi itu dibuat kerana beliau merasakan Wenger adalah calon terbaik ketika ini yang mampu mengemudi pasukan.



Namun menurut beliau lagi sebagaimana dilaporkan oleh Mirror, tugas mencari pengganti yang mampu mengekalkan kecemerlangan kelab adalah merupakan tugas yang paling sukar. 

Beliau (Kroenke) turut mengakui dimana keputusan untuk mengekalkan Wenger dibuat setelah mengkaji dan menilai kesemua faktor yang melibatkan kepentingan kelab dan ianya adalah satu keputusan yang tepat untuk kestabilan jangka masa panjang.
It’s easy to change coaches and people do it all the time. But the hardest thing is to replicate success and remain competitive. - Kroenke.
Walaupun kebanyakkan peminat dan penyokong serta 'pundit' merasakan Wenger tidak lagi relevan bersama Arsenal, namun beliau menegaskan dimana beliau percaya dengan kebolehan Wenger yang masih mampu menghadirkan kejuaraan buat kelab.
I’m sure he was thinking through if he wants to go on. If I see anything, then I think he is more focused than ever – when I’m around him. Focused on winning. I really think I do see that more than ever. He wants to win these things. -Kroenke 
“Kami telah menangani isu yang sama dengan situasi ini walaupun didalam organisasi berlainan dan kami merasakan Wenger telah melakukan tugas beliau dengan cemerlang"

"Beliau merupakan individu yang tepat untuk mengendalikan Arsenal"

Wenger masih mendapat kepercayaan pemilik Arsenal.
"Kami begitu menghormati beliau sebagaimana beliau menghormati kami dan kami tidak akan membuat sebarang keputusan dengan terburu-buru"

"Kami begitu yakin dengan beliau"

AGM Arsenal berlangsung setiap 12 bulan dan merupakan peluang bagi pemegang saham Arsenal untuk bertanya soalan kepada Ahli Lembaga Pengarah dan Wenger mengenai kemajuan serta info perkembangan mengenai kelab.

Ahli lembaga tertentu, termasuklah Keswick (Pengerusi) dan Josh Kroenke ( non-executive director), juga bakal menjalani pemilihan semula (undian) bagi mengekalkan jawatan mereka.

Siapakah calon yang sesuai menggantikan Wenger?
Kongsikan bersama kami pendapat anda mengenai calon lain yang sesuai dan layak menggantikan Wenger.

Ketepikan sentimen kebencian dan kemarahan anda sebaliknya berhujahlah dengan penuh hormat dan bijaksana kerana kami juga percaya anda semua sayangkan Arsenal.

We love you Arsenal, we do...
We love you Arsenal, we do...
We love you Arsenal, we do...
Oh Arsenal we love you!



Post a Comment

Previous Post Next Post