Wenger buka mulut isu Wilshere


Masa depan Jack Wilshere bersama Arsenal menjadi persoalan dikalangan peminat dan penyokong setelah pemain itu masih belum ditawarkan kontrak baru serta masih gagal beraksi dalam kesebelasan utama Arsenal musim ini terutamanya dalam saingan liga.

Beliau sebelum ini menyatakan bahawa dirinya tidak akan dan tidak mahu meninggalkan skuad Arsenal yang disertainya dari usia kanak-kanak namun penjelasan yang dibuat Wenger mungkin tidak menyenangkan peminat dan juga pemain tengah berusia 25 tahun ini.

Wenger dalam laporan terkini mendedahkan serta menjelaskan isu mengenai Wilshere yang masih belum ditawarkan kontrak serta masih gagal beraksi dalam kesebelasan utama Arsenal.

Dalam pendedahan tersebut, Wenger mencadangkan serta menasihati beliau  (Wilshere) supaya membuat pertimbangan untuk menyertai kelab lain demi masa depan dan karier bolasepak beliau.
Arsène Wenger has reportedly told Jack Wilshere that he needs to consider his options outside of the club. - OneFootball
Walaupun mengakui bahawa kebolehan dan bakat Wilshere yang sukar ditemui, namun kecederaan yang sentiasa berulang menjadi punca mengapa Wenger menasihati Wilshere untuk mempertimbangkan pilihan untuk pemain tersebut menyertai pasukan lain selain Arsenal melainkan beliau (Wilshere) mampu mengekalkan kesihatan dan kecergasan beliau.
Wilshere struggled historically with repeated injuries, nobody would question his talent. Nobody would question his exceptional ability to beat people with the ball. But in this job you need first health. - FourFourTwo
Wenger turut menjelaskan dimana saingan liga ketika ini memerlukan kekuatan fizikal dan jika pemain dapat mengekalkan prestasi dan fizikal (tanpa mengalami kecederaan) untuk 10 perlawanan berturut-turut kebarangkalian untuk pemain berada dalam keadaan terbaik sangat tinggi (secara fizikal dan mental).

Penjelasan Wenger itu bagaikan satu cabaran buat Wilshere untuk mengekalkan tahap kecergasan beliau disamping memastikan diri beliau sentiasa sihat tanpa mengalami kecederaan demi memastikan tempat dalam kesebelasan utama Arsenal.



Petanda masa depan Wilshere bersama Arsenal

Mampukah Wilshere beraksi dalam saingan liga dalam masa terdekat ini?
Jika kita semua dapat menyaksikan kelibat Wilshere pada perlawanan hujung minggu ini (saingan liga) sehingga Disember nanti, kemungkinan untuk Jack Wilshere kekal bersama Arsenal musim depan adalah cerah.

Namun jika beliau gagal beraksi atau kurang beraksi pada saingan liga, kita semua boleh melupakan khidmat beliau pada musim depan (berdasarkan penjelasan Wenger).

Wilshere menyertai Akademi Arsenal pada Oktober 2001 diusia9 tahun.
Dan musim ini juga merupakan musim yang paling (amat) penting buat Wilshere dimana beliau ketika ini bermain pada musim terakhir (kontrak) bersama Arsenal dan juga merebut serta memastikan tempat beliau didalam skuad kebangsaan England bagi menghadapi Piala Dunia 2018.

Wilshere menandatangani kontrak jangka masa panjang bersama Arsenal pada usia 18 tahun.
Aksi cemerlang Wilshere musim ini

Wilshere setakat ini (musim ini) baru sekali membuat penampilan penuh (90 minit) daripada lima penampilan beliau didalam kesemua pertandingan bersama Arsenal.

2017/18 (Setakat 9 Oktober 2017)
Saingan Penampilan Gol dijaringkan Bantuan Gol Minit bermain
Europa League 2 - 1 112
Premier League 2 2 - 1 137
EFL Cup 1 - - 90
Premier League - - - -
Jumlah 5 - 2 339

Dan pada perlawanan peringkat kumpulan (saingan Liga Europa) menentang BATE, beliau telah beraksi penuh (90 minit) serta menghasilkan satu bantuan gol yang menarik.

Prestasi beliau itu bukan sahaja mendapat pujian daripada Wenger malahan daripada peminat-peminat yang merindui aksi beliau.
"You would love a player like him, of that quality, to come back. In fact he had a very good game in BATE Borisov, a very brilliant first half when he was back to his best. So he’s not far away now. But let’s hope in the next two to three weeks he can play regularly in the first team". - Arsene Wenger.

Bantuan gol yang dihasilkan Wilshere ketika menentang BATE 

Sebagai peminat Arsenal dan juga Wilshere, tidak salah untuk berdoa dan berharap semoga Jack Wilshere mampu menembusi kesebelasan utama Arsenal dalam masa terdekat dan beliau mampu beraksi cemerlang disamping mengelakkan diri daripada mengalami kecederaan.

Kesimpulannya, tiga bulan dari sekarang merupakan penentu masa depan Jack Wilshere bersama Arsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post