Ozil Sanchez Lacazette


Akhirnya peminat dan penyokong Arsenal dapat menyaksikan gandingan tiga pemain yang mengemudikan jentera serangan Arsenal iaitu Ozil, Sanchez dan Lacazette serta penampilan pertama Wilshere dalam saingan liga musim ini.

Mungkin ada yang mempertikaikan sekadar melawan Everton yang menghuni tangga ke-16 liga (sebelum perlawanan ke-9 liga) dan juga Everton bermain dengan 10 pemain.

Namun, menang tetap menang... Yang penting buat peminat dan penyokong adalah kepuasan kemenangan dan bonus tambahan apabila menyaksikan gandingan impian yang ditunggu-tunggu semenjak liga bermula.

Dalam perlawanan tersebut, Arsenal bermula garang dengan melancarkan serangan awal ke pintu gol Everton dan namun percubaan Ramsey seawal minit kedua perlawanan gagal menerjah gawang gol Everton apabila percubaan beliau berjaya diselamatkan oleh Jordan Pickford.

Sebaliknya Everton terlebih dahulu berjaya menjaringkan gol pada perlawanan ini hasil rembatan diluar kotak penalti oleh Rooney.


Kealpaan Xhaka membawa padah apabila bola dirampas dan seterusnya disudahi dengan cukup cemerlang oleh Rooney untuk Everton mendahului Arsenal 1-0 pada minit ke-12.

Namun kesilapan yang dilakukan oleh Xhaka itu akhirnya ditebus kembali oleh beliau apabila merembat bola dari luar kawasan penalti untuk memberikan 'assist' setelah bola muntah daripada dakapan penjaga gol Everton yang kemudiannya disudahkan dengan jaringan gol oleh Monreal untuk gol penyamaan Arsenal diminit ke-40.



Separuh masa pertama (1-1).

Arsenal pada separuh masa pertama sememangnya mengusai hampir keseluruhan permainan dengan memiliki 72%  penguasaan dan dari segi serangan pula Arsenal juga lebih banyak menyerang dengan melakukan 17 percubaan dengan sembilan percubaan menepati sasaran.

Namun kecekapan penjaga gol Everton, Pickford menjadi batu penghalang buat Arsenal di separuh masa pertama apabila berjaya menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya Arsenal.

Statistik separuh masa pertama Everton vs Arsenal.
Statistik serangan separuh masa pertama Everton vs Arsenal.
Arsenal mengamalkan hantaran pendek pada perlawanan ini.

Separuh masa kedua (5-2)

Arsenal terus mempamerkan aksi menyerang sebaik bermulanya babak kedua dengan gandingan Ozil dan Sanchez dilihat begitu serasi dan begitu memahami corak permainan masing-masing.

Ini dapat dilihat dengan kedua-dua pemain ini melakukan hantaran pendek sesama mereka dan hasilnya Sanchez berjaya menghadiahkan bantuan gol buat Ozil untuk pemain itu menjaringkan gol pendahuluan Arsenal diminit ke-52 permainan.

Selain mencatat nama selaku penjaring, Ozil juga berjaya menghasilkan satu bantuan gol apabila berjaya membantu Lacazette untuk menjaringkan gol pada minit ke-73 sebelum Ramsey menambah jaringan buat Arsenal selesa didepan (4-1) pada minit ke-91.

Sebelum itu pada minit ke-68, Everton terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Idrissa Gueye dilayangkan kad merah setelah menerima kad kuning kedua akibat kekasaran yang dilakukan terhadap Xhaka.

Namun salah faham diantara Monreal dan Cech seminit kemudian (selepas Ramsey menjaringkan gol) dihukum oleh penyerang Everton, Oumar Niasse untuk merapatkan jurang menjadi kedudukan 4-2.

Memasukki minit terakhir perlawanan setelah masa tambahan sebanyak lima minit diberikan, Sanchez dan Ramsey juga mengikuti jejak langkah Ozil yang mencatat nama selaku penjaring dan menghasilkan bantuan gol apabila berjaya menjaringkan gol hasil bantuan Ramsey (minit ke-94).

Penguasaan padang Everton vs Arsenal bagi tempoh 90minit perlawanan.

Statistik hantaran bola Everton vs Arsenal untuk tempoh 90 minit perlawanan.

Statistik serangan Everton vs Arsenal untuk 90minit perlawanan.
Walaupun jumlah percubaan Arsenal pada separuh masa kedua menurun dengan hanya mampu melakukan 13 percubaan berbanding 17 pada separuh masa pertama, namun tujuh percubaan tepat pada separuh masa kedua menghasilkan empat gol berbanding satu gol pada separuh masa pertama dengan sembilan percubaan tepat.

Tamat perlawaan Everton 2-5 Arsenal



Ringkasan
Disebalik kejayaan Arsenal mengalahkan Everton dengan jaringan besar, namun kesilapan yang dilakukan oleh pemain Arsenal menyebabkan Everton dengan mudah membolosi gawang Arsenal perlu diberi perhatian. (susah benor Arsenal nak clean sheet)

Defensive Error Pertama - Xhaka
Xhaka seperti biasa (pandangan peribadi penulis) terlalu kerap melakukan 'silly mistake' yang menyebabkan kerugian kepada pasukan.

Gol pertama Everton berpunca daripada kesilapan Xhaka. Kredit gambar: Sky Sports
Musim lalu beliau telah melakukan dua kesilapan dalam 'defensive errors' yang menyebabkan pasukan lawan berjaya melakukan percubaan atau menjaringkan gol.

20 Ogos 2016 kesilapan beliau menyebabkan pasukan lawan berjaya melakukan percubaan pada perlawanan Leicester menentang Arsenal yang berkesudahan seri 0-0.

Namun kesilapan beliau berjaya di'pejam mata' apabila beliau pada perlawanan tersebut berjaya mencipta satu peluang (chance creates /key passes) selain melakukan rembatan jarak jauh (walaupun tersasar).

15 Oktober 2016 beliau sekali lagi melakukan kesilapan yang seterusnya menyebabkan pasukan lawan berjaya menjaringkan gol pada perlawanan yang berkesudahan Arsenal 3-2 Swansea.

Dan pada perlawanan malam tadi (22 Oktober 2017), beliau sekali lagi melakukan 'defensive error' yang menyebabkan pasukan lawan memperolehi gol.


Defensive Errors Kedua- Cech atau Monreal?

Kesilapan yang paling teruk melibatkan Cech dan Monreal apabila hantaran kebelakang oleh Monreal gagal disambut dengan baik oleh Cech, atau Monreal melakukan hantaran lemah yang menyebabkan Cech gagal untuk melakukan sepakan bagi menyelamatkan keadaan.
Prestasi paling teruk ditunjukan beliau setakat ini.
Yang pasti, prestasi Cech pada perlawanan ini agak menurun dan beberapa tindakan beliau hampir menyebabkan dibolosi pihak lawan. 

Ozil - Sanchez - Lacazette
Gandingan yang paling dinanti-nantikan oleh peminat Arsenal musim ini dan apa yang boleh diperkatakan? 

Pertama, sudah tentu berpuas hati setelah sekian lama menanti dan akhirnya dapat menyaksikan gandingan - trio ini dalam kesebelasan utama Arsenal.

Kedua, ketiga-tiga pemain ini berjaya menjaringkan gol.
➧ Ozil jaringkan gol ⇢ Sanchez 'assist'.
➧ Lacazette jaringkan gol  ⇢ Ozil 'assist'.
➧ Sanchez jaringkan gol ⇢ Ramsey 'assist'.

Gandingan Ozil dan Sanchez jelas berbisa dalam perlawanan ini dengan hantaran pendek  dan sentuhan magis daripada / diantara mereka berdua.

Wilshere - Ramsey
Kemasukan Wilshere pada minit ke-77 mengantikan Lacazette juga memberi impak kepada pasukan apabila beliau berjaya menghasilkan satu bantuan gol pada minit ke-90 yang disudahkan dengan baik oleh Ramsey.

Jika Sanchez dan Ozil memahami permainan masing-masing, begitu juga dengan gandingan Ramsey dan Wilshere yang menunjukan kesefahaman tinggi diantara mereka.

Jawapan / Penyelesaian Ozil dan Sanchez?
Adakah Wenger telah menemui jawapan kepada persoalan masa depan Ozil dan Sanchez?
Gandingan berbisa Sanchez dan Ozil.
Sebelum ini, penulis berpendapat bahawa Wenger tidak akan menggandingkan Ozil bersama Sanchez musim ini selagi masalah kontrak tidak diselesaikan diantara pemain ini bersama kelab.

Dan penulis menjangkakan bahawa Wenger hanya akan menggandingkan mereka berdua selepas berakhirnya jendela perpindahan kedua nanti (Januari 2018).

Ini kerana sudah pasti Wenger akan menggunakan pemain yang mampu bergandingan dengan salah seorang daripada mereka sebagai contoh : Sanchez + Iwobi / Sanchez + Ramsey atau Ozil + Iwobi / Ozil + Ramsey bagi persediaan jika salah seorang pemain ini (Sanchez ataupun Ozil) dilepaskan pada Januari nanti.

Dan ini juga bagi persediaan dalam membentuk jentera serangan Arsenal bagi menghadapi saingan liga (pusingan kedua).

Namun melihat kepada gandingan yang diturunkan malam tadi, membuat penulis sekali lagi tertanya-tanya adakah Wenger telah menemui jawapan ataupun penyelesaian bagi kedua-dua pemain in?

Atau mungkin Wenger mahu menikmati hadiah harijadi beliau yang ke-68 dengan lebih gembira (meraih kejayaan/kemenangan  keatas Everton).

Heatmap keseluruhan Arsenal.
Heatmap Ozil + Sanchez + Lacazette.
Heatmap Ozil + Sanchez.
Berdasarkan 'heatmap' diatas, dapat dilihat gandingan Ozil dan Sanchez benar-benar menguasai bahagian serangan Arsenal.

Dan penulis masih berharap Ozil akan kekal bersama Arsenal begitu juga Sanchez. 

Post a Comment

Previous Post Next Post