Norbert Elgert - Individu yang membentuk Ozil dan Kolasinac


Mungkin tidak ramai yang mengenali beliau, namun ramai yang mengenali Kolasinac, Julian Draxler, Benedikt Howedes, Manuel Neuer, Mesut Ozil dan juga Leroy Sane.

Norbert Elgert (gambar diatas) merupakan individu yang bertanggungjawab dalam membina dan membentuk karier pemain-pemain tersebut diperingkat awal (usia remaja).

Beliau mengendali skuad U19 Schalke pada tahun 1996 selepas menamatkan karier selaku pemain pada musim 1990/91 dengan kelab terakhir yang diwakili beliau adalah SuS Dinslaken.

Musim KELAB
90/91 SuS Dinslaken
85/86 Wattenscheid 09
82/83 VfL Osnabrück
82/83 FC Schalke 04
78/79 Westfalia Herne
75/76 FC Schalke 04
75/76 Westfalia Westerkappeln

Karier beliau selaku pemain (penyerang) tidaklah begitu mengagumkan dimana beliau hanya berjaya menjaringkan 36 gol dalam 150 penampilan sepanjang karier beliau tanpa sebarang kejuaraan.


Manakala pencapaian beliau selaku pengurus walaupun hanya mengendalikan skuad U19 Schalke, boleh dianggap memberangsangkan dimana beliau telah memenangi tiga kali Kejuaraan Liga U19 Jerman.

Kejuaraan Liga U19 Jerman yang dimenangi beliau.
14/15 FC Schalke 04 U19
11/12 FC Schalke 04 U19
05/06 FC Schalke 04 U19

Selaku pengendali skuad remaja Schalke, beliau telah melahirkan beberapa pemain terkenal ketika ini termasuklah pemain Arsenal iaitu Mesut Ozil dan Sead Kolasinac.

Kehebatan beliau dalam melahirkan pemain-pemain muda yang berbakat, memberikan kelebihan buat skuad utama Schalke kerana pemain-pemain muda yang dibentuk oleh Elgert ini mampu bersaing dan beraksi bersama skuad utama Schalke bagi saingan liga bila-bila masa diperlukan.
Values like respect, honesty, helping each other, tolerance, fairness, togetherness and humility are more important than everything in this high speed society. - Norbert Elgert

Pencapaian Elgert ini bukan sahaja diterjemahkan didalam liga malahan pemain-pemain yang dibentuk beliau juga mampu mencipta nama bersama pasukan kebangsaan dan ini boleh digambarkan dengan skuad Jerman yang memenangi Piala Dunia.

Draxler, Howedes, Neuer dan Ozil menjadi watak utama dalam membantu Jerman muncul Juara Dunia 2014.

Höwedes mula mewakili skuad utama Jerman pada tahun 2012

Menggemari formasi 4-2-3-1 (menyerang) dan beliau bersama Peter Schreiber selaku pengarang bersama telah menghasilkan sebuah modul ataupun buku mengenai taktik-taktik dan teknik-teknik dalam permainan moden bolasepak berjudul 'Attacking Soccer: Mastering the Modern Game'.
Buku yang dihasilkan beliau bersama Schreiber.
Melalui buku ini beliau telah menjelaskan secara terperinci mengenai beberapa latihan asas dan mudah untuk memperbaiki serta menguasai teknik dalam permainan menyerang.

Maka tidak hairanlah kebanyakan pemain yang dilahirkan beliau ketika ini terkenal dengan corak atau posisi serangan seperti Ozil, Draxler dan Kolasinac (walaupun beraksi selaku pemain pertahanan/sayap).
Coaches should remain more than only lecturers of technique, tactics and condition. - Norbert Elgert
Dan kisah beliau ini diceritakan oleh Kolasinac pada laman web Arsenal bagaimana pengendali skuad remaja Schalke ini berjaya membentuk dan membimbing beliau menjadi pemain seperti sekarang.
"It was only really when I met him [that I thought I could make it]. He took me to one side and told me that if I pulled in the right direction, listened to him and did as instructed in the two years I had with him, I’d have the opportunity to break into the senior team.

"When I started working with him, I started to notice the progress - I was improving, tactically I was getting better and my game in general was getting better.

"You go to him as a boy and he moulds you into a man, helps you build your personality. He does that really well.

"You notice during every training session how much he loves his job. That’s why I think Schalke have been so successful at generating young players for the first team.

"A large portion of that is down to Norbert Elgert."

Mungkin Arsenal sukar untuk mendapatkan pemain-pemain terkenal dunia (handalan), apa kata kalau Arsenal cuba dapatkan beliau. 😘 

Post a Comment

Previous Post Next Post