Reaksi Per Mertesacker berhubung komen 'takde telor'


Kapten Arsenal ketika perlawanan Watford menentang Arsenal, Per Mertesacker membalas komen berhubung 'cojones' yang dikeluarkan oleh pemain Watford,  Deeney.

Istilah Cojones merupakan perkataan Sepanyol yang merujuk kepada sifat keberanian dan jika diterjemah secara 'direct' ianya merujuk kepada 'telor'.

Selepas perlawanan liga hujung minggu lalu yang menyaksikan Watford berjaya menewaskan Arsenal 2-1 dan Troy Deeney, pemain Watford berusia 29 tahun dalam satu temubual bersama BT Sport telah mengatakan dimana Arsenal tidak mempunyai keberanian dalam beraksi disamping beliau dalam nada angkuh memperkecilkan barisan pertahanan Arsenal.



Berikut adalah petikan komen-komen beliau yang diambil pada laman ESPN:

“I’ve heard Wenger’s already blaming [the penalty] as the reason for why they lost. Well, I’m not going to be one to tell Mr Wenger about himself, but there’s a reason that they lost and it wasn’t because of one penalty,” 

“I have to watch what I say, but it’s (having) a bit of cojones, is what I’ll say. Whenever I play against Arsenal, I’ll go up and think ‘let me whack the first one and see who wants it.’

“I came on today and jumped up with Mertesacker—I didn’t even have to jump, actually—I nodded it down, the crowd gets up: ‘Yeah we’ve got somebody who can win it’, and they all just backed off. For me as a player, I just think ‘happy days.’ That’s my strength—if you’re going to let me do my strength against you, you’re going to have a tough afternoon.”

Dalam erti lain, komen Deeney ini seolah-olah memperkecilkan kebolehan Arsenal (senang dibuli) serta bagaikan 'takde telor'.

Dan Kapten Arsenal pada perlawanan tersebut turut, Per Mertesacker yang dikritik secara terang-terangan apabila nama beliau disebut oleh Deeney, membalas komen-komen pemain itu dalam temubual bersama Sky Sports semalam. 

"Saya tidak tahu apa yang beliau katakan dan saya tidak memberi perhatian terhadap komen beliau"

"Lagipun komen beliau hanya hadir selepas perlawanan dan saya tidak berkesempatan untuk menonton"

"Adalah mudah untuk berkata-kata mengenai kekurangan kami ketika ini, dan saya bukannya bermaksud untuk mengabaikan kritikan, namun bagi saya adalah penting untuk kami semua menilai kembali kelemahan kami dan bangkit dalam perlawanan seterusnya"

Jelas  Mertesacker  tidak berminat dengan apa yang diperkatakan oleh Deeney itu sebaliknya beliau menggesa para pemain Arsenal untuk bangkit dan fokus terhadap perlawanan seterusnya.

Beliau percaya bahawa pemain-pemain Arsenal mampu mempamerkan aksi dan kebolehan mereka dengan lebih baik serta berharap mereka mampu menunjukkan kebolehan sebenar mereka.

Kekalahan ini menurut beliau adalah sesuatu yang perlu dipelajari oleh mereka (pemain Arsenal) dalam menghadapi saingan liga seterusnya, selepas tewas dalam tiga perlawanan setakat ini.

Walaupun beliau tidak berminat untuk menjadi isu ini hangat dikalangan rakan sepasukan (mengenai mentaliti) namun beliau menggesa supaya mereka semua agar menjadi lebih kuat terutama dari mentaliti apabila bermain ditempat lawan.

Musim lalu (2016/17), Arsenal hanya mampu memenangi sembilan perlawanan ditempat lawan dan mengumpul 30 mata secara keseluruhan (bagi perlawanan ditempat lawan).

Rekod pencapaian Arsenal ditempat lawan musim 2016/17.
# Pasukan P M S K G B +/- Mata
6 Arsenal 19 9 3 7 38 28 10 30

Dan musim ini (setakat ini) Arsenal masih belum berjaya mencatatkan sebarang kemenangan daripada empat perlawanan ditempat lawan dengan hanya mampu seri ketika bertemu Chelsea dan kalah dalam tiga perlawanan (Stoke 1-0 Arsenal, Livervpool 4-0 Arsenal dan Watford 2-1 Arsenal).

Post a Comment

Previous Post Next Post