Persembahan mantap Ozil cetus persoalan


Persembahan bertenaga dan mantap oleh Mesut Ozil pada perlawanan menentang Everton semalam mencetuskan persoalan oleh bekas pemain pertahanan Arsenal, Martin Keown.
Martin Keown questions whether Arsenal superstar Mesut Ozil was playing for a move v Everton - Metro.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Metro, Keown telah mempersoalkan persembahan cemerlang Ozil ketika menentang Everton.

Pemain kebangsaan Jerman, Mesut Ozil pada perlawanan menentang Everton telah menjaringkan gol pertama buat dirinya musim ini selain menghasilkan satu bantuan gol ketika Arsenal membelasah Everton 5-2.



Ozil mempamerkan aksi cemerlang ketika membantu Arsenal menewaskan Everton 5-2.
Ozil menerima kritikan hebat oleh kebanyakan pundit (termasuklah Keown sendiri) mengenai prestasi beliau musim ini ekoran kontrak beliau bersama Arsenal bakal berakhir di penghujung musim ini.

Dan beliau ketika ini juga hangat diperkatakan bakal menyertai Manchester United.

Keown yang pernah dan selalu mengkritik prestasi Ozil musim ini mempersoalkan prestasi mantap yang ditunjukan Ozil pada perlawanan itu dimana beliau tidak yakin mengenai persembahan Ozil itu adakah untuk kelab ataupun untuk pasaran perpindahan.

Beliau merasakan Ozil seakan-akan menerima suntikan semangat (berkaitan perpindahan) apabila beraksi cukup cemerlang pada perlawanan tersebut.
He hasn’t been closing people down but he did that today – he showed his class. His vision and calmness on the ball was superb. ‘He showed a willingness to get forward, he was playing with a different head on today. Is he playing for a move? Who knows? Who cares?
Disebalik Keown yang mempersoalkan mengenai prestasi Ozil pada perlawanan tersebut, Wenger bagaimanapun menganggap prestasi yang dipamerkan Ozil itu menunjukkan bahawa pemain tersebut benar-benar komited bersama Arsenal dan mahu kekal bersama kelab ini (Arsenal).


Adakah anda bersetuju dengan Keown yang mempersoalkan prestasi Ozil kerana perpindahan ataupun anda bersetuju dengan pendapat Wenger mengenai prestasi Ozil pada perlawanan ini?

Adakah anda bersetuju dengan Keown ataupun Wenger mengenai prestasi Ozil pada perlawanan ini?

Setuju dengan pendapat Keown
Setuju dengan pendapat Wenger
Lain-lain
Survey maker

Post a Comment

Previous Post Next Post