Padah buang air.

Kredit gambar: The Sun
Hampir sepuluh hari lalu kita dikejutkan dengan berita pemain tengah kelahiran Itali yang bermain bersama pasukan FC Turris bagi saingan Serie D digantung lima perlawanan gara-gara 'membuang air' dipadang.

Giovanni Liberti, 21 tahun telah melakukan kesalahan tersebut pada pertemuan diantara kelab diwakili beliau, Turris menentang Sarnese yang berkesudahan seri 3-3 pada 15 Oktober lalu.

Tindakan beliau yang membuang air (kencing) dihadapan (bertentangan) tempat duduk penyokong pelawat mengundang padah apabila beliau didapati bersalah diatas tindakan beliau itu.

Stadium Turris.
Walaupun tiada video yang dirakam ketika perbuatan beliau itu, namun hukuman penggantungan lima perlawanan yang dikenakan terhadap Liberti dianggap tidak tepat oleh pergerusi kelab Turris dan beliau bakal membuat rayuan berhubung tindakan yang dikenakan terhadap Liberti.



Menurut pengurusi Turris, Antonio Colantoni, beliau akan membuat rayuan berkenaan isu ini kerana pemain tersebut tidak melakukan kesalahan seperti yang didakwakan. 

Malahan pasukan pelawat turut menyatakan pemain tersebut tidak melakukan perbuatan seperti yang didakwa itu.

Peristiwa sama (kencing di padang ketika perlawanan) pernah terjadi atau dilakukan oleh bekas pemain Arsenal yang kini merupakan jurulatih penjaga gol Arsenal iaitu Jans Lehman ketika beliau bersama VfB Stuttgart.

Lehman pernah kencing dipadang ketika perlawanan.
Bagi peminat Arsenal dan juga Stuttgart pasti mengingati peristiwa dimana Lehman membuang air ketika perlawanan sedang berlangsung ketika itu.

Pada perlawanan Stuttgart menentang Unirea Urziceni dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, Lehman yang tidak mampu menahan untuk membuang air, akhirnya terpaksa melepaskan hajat beliau dibelakang papan iklan ketika perlawanan sedang berlangsung.

Video kejadian buang air oleh Lehman

Berikut adalah laporan asal daripada Telegraph mengenai insiden yang melibat pemain Itali, Liberti yang dikenakan hukuman penggantungan lima perlawanan akibat membuang air.

A footballer in Italy has been suspended for five matches for urinating towards opposition fans.

Giovanni Liberti (kiri).
Giovanni Liberti of non-league side Turris received the lengthy ban. During a stoppage in play in a 3-3 draw against Sarnese, Liberti "urinated in the direction of the away section, making obscene and vulgar gestures, while showing his genital organ," says the Serie D disciplinary body. 

Turris will appeal the ban. Club president Antonio Colantonio insists "Liberti absolutely did not do what is alleged."

Colantonio says, "There’s a fountain near the wall and the player ... was drinking and adjusting his shirt which, by regulation, should be inside his shorts."

He adds: "The visiting club confirmed to us that our player did not do anything that has been alleged."

Another Serie D player was also banned for five matches.

Frattese’s Francesco Ferrieri of Frattese was sanctioned for kicking, punching and slapping the Nardo masseur while the match was stopped for fighting in the stands between the two sets of supporters.

-- Telegraph

Selain Lehman, Fabien Barthez diantara pemain bolasepak terkenal yang turut melakukan perbuatan ini (kencing dipadang) dan tindakan pemain itu jauh lebih teruk berbanding Lehman. 😎 😎 😎
Aksi Barthez ketika bersama Marseille. Kredit gambar : Anorak

Post a Comment

Previous Post Next Post