Wenger ambil peluang yang jarang diperolehi


Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengambil peluang yang jarang-jarang diperolehi untuk mengucapkan tahniah kepada Persatuan Bola Sepak England diatas kejayaan skuad U17 dan U20 memenangi Piala Dunia.

Kejayaan skuad muda England, U17 dan U20 menjuarai Piala Dunia bagi kategori tersebut disifatkan Wenger merupakan peluang yang jarang diperolehi bagi beliau untuk mengucapkan tahniah kepada badan induk persatuan bolasepak negara itu.

England muncul Juara Piala Dunia U20 selepas menewaskan Venezuela 1-0.
Kecemerlang skuad U20 yang menjuarai Piala Dunia U20 2017 diteruskan lagi oleh skuad U17 England apabila berjaya menumpaskan skuad U17 Sepanyol 5-2.



Pada perlawanan akhir itu, skuad U17 England yang dipimpin oleh Steve Cooper terlebih dahulu ketinggalan 1-2 (tamat pada separuh masa pertama), sebelum bangkit untuk memenangi dengan keputusan 5-2.


Video koleksi perlawanan England U17 pada temasya Piala Dunia U17 2017.
Selain kejayaan skuad U17 dan U20 England memenangi Piala Dunia kategori masing-masing, skuad U19 England turut cemerlang apabila menjuarai U19 European Championship apabila menewaskan Portugal 2-1 pada 15 Julai lalu.

England muncul Juara Piala Dunia U17 selepas menewaskan Sepanyol 5-2.
Wenger menyifatkan kemenangan dan kecemerlang England ini adalah satu berita gembira dan pastinnya melegakan pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak England setelah gagal meraikan sebarang kejuaraan di peringkat remaja.
I’m so happy because I’m here for 20 years and for 20 years we didn’t do well with the youth. When you think that today they won the U17 World Cup, they won the U20. - Standard UK
Beliau turut memuji barisan pentadbiran FA England yang berjaya menstruktur semula akademi mereka selain bekerja keras bagi memastikan kualiti dan pencapaian pemain muda diperingkat dunia berhasil.

Dan kesempatan ini digunakan Wenger untuk mengucapkan tahniah diatas kejayaan skuad England dan Persatuan Bola Sepak England dimana menurut beliau merupakan peluang yang amat sukar diperolehi.
For once we can all have the opportunity to congratulate the FA. It doesn’t happen a lot. - Arsene Wenger.
Pemain muda Arsenal, Emile Smith-Rowe turut berada didalam skuad kendalian Steve Cooper pada kejohanan ini dan untuk rekod, skuad U17 England berjaya menjaringkan 23 gol pada kejohanan ini yang merupakan kejuaraan pertama England bagi peringkat U17 (Piala Dunia U17 ).

Post a Comment

Previous Post Next Post