Pedro Martinez Losa tinggalkan Arsenal.

Pengurus pasukan Arsenal Women, Pedro Martinez Losa  akhirnya tinggalkan kelab selepas tiga tahun mengemudikan pasukan ini.

Losa, 41 tahun merupakan pengurus kelahiran Sepanyol menyertai Arsenal pada tahun 2014 dan sebelum itu beliau menjadi pengurus kepada pasukan wanita kelab  Rayo Vallecano Femenino (Sepanyol).

Sebelum kedatangan Laso, skuad Wanita Arsenal dikendalikan oleh Shelley Ker yang kini menjadi pengurus kepada pasukan Stirling University FC.

Shelley Kerr pengurus pasukan Wanita Arsenal (2013-2014).
Laso pada tahun 2015 berjaya membawa pasukan Wanita Arsenal muncul juara Continental Cup (Juara Liga ) dan pada tahun 2016 pula berjaya membawa pasukan ini menjuarai Piala FA setelah menewaskan Chelsea 1-0.



Walaupun berjaya membawa masuk Heather O’Reilly dan Danielle van de Donk menyertai skuad wanita musim ini, namun prestasi yang kurang memberangsangkan diawal liga apabila tewas kepada Manchester City 5-2 (perlawanan pertama liga) seolah memberi tekanan kepada beliau.

Heather O’Reilly
Danielle van de Donk
Ketika ini Ismael Garcia selaku penolong pengurus pasukan, bertindak sebagai pengendali pasukan ini dalam menghadapi perlawanan menentang Everton yang dijadualkan pada 29 Oktober ini.
It has been an unforgettable three-year journey for me at Arsenal FC. I wish to express my gratitude, respect and admiration towards all of the first team and youth players that I was lucky enough to work with during my time at the club. - Losa
Kedudukan terkini liga:

Tidak dapat dipastikan punca sebenar Losa meninggalkan Arsenal ketika ini memandangkan liga baru memasuki perlawanan ketiga.

Selamat maju jaya Losa.

Post a Comment

Previous Post Next Post