Penyokong Norwich dera' kawan' sendiri


Peninju British, Anthony Ogogo dakwa beliau telah didera berunsurkan perkauman ketika perlawanan Piala Carabao diantara Arsenal menentang Norwich.

Ogogo, 28 tahun merupakan pemenang pingat gangsa dalam kategori middleweight pada Sukan Olimpik London tahun 2012, meluahkan insiden tersebut pada lawan twitter beliau.

Beliau menjadi sasaran penyokong Norwich setelah kumpulan penyokong tersebut tersalah sangka mengenai beliau dengan menyangkakan bahawa beliau adalah penyokong Arsenal.

Ogogo sebelum itu memuat naik status mengenai kehadiran beliau di Stadium Emirates dengan mengatakan beliau diantara salah seorang penyokong Norwich yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut.

Beliau kemudian memuat naik status yang memuji kehadiran penyokong Norwich seramai sembilan ribu orang dan turut menyatakan dimana beliau telah didera berunsurkan perkauman melalui sorakan penyokong.

Sorakan atau kecaman perkauman itu disifatkan beliau sangat teruk pada zaman kini terutamanya dilakukan oleh penyokong berusia (tua).


"Terrific support tonight by Norwich fans, nine thousand strong."

"Although I did get racially abused for cheering. In this day and age it's disgusting."


Namun sorakan berunsurkan perkauman yang diterima beliau itu datangnya daripada penyokong Norwich sendiri yang dimana beliau juga merupakan penyokong Norwich.



Ekoran status twitter Ogogo itu, pihak Norwich kemudian bertindak menghubungi beliau berhubung kejadian itu dan akan menyiasat insiden tersebut dengan teliti.

Ogogo, memenangi pingat gangsa Sukan Olimpik London 2012.

Punca Salah Faham
Salah faham atau salah sangka mengenai sorakan dan kecaman berbaur perkauman ini timbul apabila beliau menghadir perlawanan ini atas ditiket 'home' yang diberikan oleh sahabat beliau yang merupakan penyokong Arsenal.

Dan sejurus tamat perlawanan beliau kemudiannya mahu memberikan penghargaan kepada pemain Norwich diatas persembahan mereka namun beliau menerima sorakan dan ejekan yang berunsur perkauman daripada penyokong Norwich yang menyangkakan beliau adalah penyokong Arsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post