Wenger nafi rumors perpindahan Ozil


Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menafikan khabar angin mengenai perpindahan Ozil dan menganggap berita mengenai perpindahan pemain itu adalah 'sampah'.

Wenger dalam sidang media mengatakan bahawa adalah sukar untuk mempercayai khabar angin mengenai keinginan Mesut Ozil untuk meninggalkan Arsenal ketika ini.

Dan beliau turut menempelak laporan tersebut yang mengatakan sebelum ini Mesut Ozil telah memberitahu rakan sepasukannya untuk menyertai Manchester United sambil menyifatkan ianya adalah berita yang salah



Rumor terdahulu mengatakan dimana Mesut Ozil, 29 tahun telah melahirkan hasrat untuk meninggalkan Arsenal dan berpindah ke Old Trafford pada Januari depan dan laporan ini menjadi hangat kalangan peminat dan penyokong kedua-dua pasukan.

Dan laporan itu juga menyebut dimana Ozil telah memberitahu kepada rakan sepasukan beliau mengenai hasrat pemain itu untuk menyertai Manchester United namun tidak didedahkan siapakah rakan sepasukan beliau itu.
Mesut Ozil tells Arsenal teammates he is joining Manchester United. Manchester Evening News.
"Kita hidup dalam persekitaran di mana kita perlu menangani berita yang salah" jelas Wenger pada sidang media selepas perlawanan.

"Adalah sukar untuk mempercayai khabar angin seperti itu apabila menyaksikan persembahan bertenaga daripada Ozil" tambah beliau lagi.

Post a Comment

Previous Post Next Post