Red Star Belgrade


Crvena Zvezda ataupun lebih dikenali dengan nama Red Star Belgrade dalam bahasa Inggeris, merupakan sebuah kelab daripada Serbia yang paling 'glamer' dikalangan rakyat negara itu.


Red Star Belgrade
Dianggarkan hampir separuh rakyat negara tersebut menyokong pasukan ini malahan ada laporan yang mengatakan 48.2% daripada populasi negara itu merupakan penyokong pasukan tersebut. 

FK Partizan merupakan pasukan musuh 'rival' bagi Red Star Belgrade
Ditubuhkan pada 72 tahun yang lalu (4 March 1945) kelab ini mempunyai rekod cemerlang didalam aksi domestik dan kecemerlang kelab ini juga menyamai rekod pencabar mereka, Partizan.



Negara Yugoslavia dahulu terdiri daripada tujuh buah negara iaitu Serbia, Croatia, Bosnia and Herzegovina, Slovenia, Montenegro, Macedonia dan Kosovo.

Perpecahan Republik Yugoslavia

Yugoslav First League (1951-1992)
Red Star Belgrade semasa Serbia masih lagi berada didalam Yugoslavia beraksi didalam liga utama negara itu dari tahun 1951 sehingga 1992.

Kelab ini menjuarai liga sebanyak 19 kali sepanjang 42 tahun beraksi didalam liga ini sebelum dibubarkan selepas tahun 1992 ekoran perpecahan Republik Yugoslavia dan Serbia membentuk ataupun menganggotai negara Serbia and Montenegro.

First League of Serbia and Montenegro (1992-2006)

Pada tahun 1992, Red Star Belgrade beraksi dalam saingan Liga Utama Serbia and Montenegro.

Namun didalam saingan liga ini prestasi kelab ini tidaklah begitu mengagumkan, sebaliknya seteru utama mereka, Partizan lebih menonjol dalam saingan liga ini apabila muncul juara sebanyak lapan kali.

Dan Red Star Belgrade hanya mampu menjuarai liga ini sebanyak lima kali sebelum liga ini dibubarkan ekoran perpecahan Serbia daripada Serbia and Montenegro yang kemudiannya membentuk negara Serbia pada tahun 2006.

Serbian SuperLiga (2006 - kini)

Liga Utama Serbia yang kini baru berusia 11 tahun selepas ditubuhkan pada tahun 2006, hanya dianggotai 16 buah kelab bolasepak.

Dan Partizan sekali lagi mendominasi liga ini apabila muncuk juara sebanyak lapan kali berbanding lima kali oleh Red Star Belgrade.

Kedudukan terkini liga:
# Pasukan P M S K G B +/- Mata
1 Red Star Belgrade 12 10 1 1 28 2 26 31
2 Partizan 12 8 3 1 24 9 15 27
3 Vojvodina 13 8 2 3 16 10 6 26
4 Spartak Subotica 12 7 4 1 27 12 15 25
5 Voždovac 13 7 4 2 22 11 11 25

Sejarah Kehebatan
Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara Eropah 1991, menyaksikan pasukan ini berjaya mencatat sejarah serta memahat nama pasukan ini dikalangan pasukan elit Eropah apabila berjaya menewaskan Marseille untuk muncul juara buat pertama kali didalam kejohanan ini.

 Red Star Belgrade mengalahkan Marseille melalui penentuan sepakan penalti untuk muncul juara UCL. 
Selain itu mereka juga muncul juara bagi Intercontinental Cup pada tahun 1991 apabila menewaskan Colo-Colo (Deportivo Colo-Colo) 3-0 untuk menambah koleksi kejuaraan mereka.
Red Star Belgrade menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah 1991.
Pada tahun itu juga mereka hampir mencipta satu lagi kejutan namun gagal apabila tewas kepada Manchester United 1-0 bagi kejohanan European Super Cup 1991.

Manakala bagi saingan Liga Europa mereka penah melayakkan diri ke peringkat akhir pada musim 1978/79 sebelum tewas kepada Borussia Mönchengladbach 2-1 secara aggregate.

Penyokong/ Ultras.

Dengan hampir separuh rakyat negara ini (Serbia) menyokong pasukan ini, bayangkanlah kekuatan penyokong mereka dalam memberi sokongan kepada terhadap Red Star Belgrade terutama ditempat sendiri dan lebih-lebih lagi bagi kejohanan tertinggi Kelab Eropah (UCL).

Serbia mempunyai populasi seramai 8,782,349 penduduk dan 48.2% daripada penduduk iaitu seramai  4,233,092 juta rakyat mereka menyokong Red Star Belgrade. 


Kumpulan penyokong yang dikenali dengan panggilan Delije yang merujuk kepada 'brave hero' merupakan antara pasukan/kumpulan ultras yang diasaskan pada 1945. Mereka terlibat dalam memberikan sokongan hampir 20 jenis sukan dibawah nama kelab Red Star Belgrade namun tugas ataupun perhatian utama sudah tentu terhadap pasukan bolasepak mereka. 

Post a Comment

Previous Post Next Post