Pertembungan England menentang Jerman yang dijadualkan pada 11 November 2017 jam 4 pagi waktu Malaysia ( 10 November 2017 - waktu UK) bakal menyaksikan penggunaan Video Assistant Referee (VAR) pada perlawanan tersebut.
Walaupun ianya sekadar perlawanan persahabatan, namun pengesahan daripada FIFA mengenai penggunaan VAR pada perlawanan itu bakal mencipta sejarah buat bolasepak England kerana ianya bakal digunakan secara rasmi di Stadium Wembley buat pertama kalinya semenjak VAR diperkenalkan dan diluluskan oleh FIFA.
Sesuatu yang menarik untuk diperkatakan adakah Liga Perdana Inggeris turut bakal menggunakan teknologi ini musim depan memandangkan teknologi ini telah pun diuji dan digunakan pada liga Itali (Serie A), Liga Jerman (Bundesliga) dan Liga Amerika Syarikat (Major League Soccer -MLS) serta Liga Portugal (Primera League).
Manakala Australia pula merupakan satu-satunya negara Asia yang menggunakan atau menguji teknologi VAR ini didalam aksi liga mereka (A League). Dan kesemuanya mendapat respon positif mengenai teknologi VAR ini.
Menurut laporan yang dikeluarkan ESPN, rekod penggunaan VAR bagi liga-liga yang dinyatakan diatas adalah seperti berikut:
Liga | Penggunaan VAR | Insiden diperbetulkan selepas VAR |
---|---|---|
Serie A | 309 | 288 |
Bundesliga | tiada data lengkap | 18 |
MLS | 46 | 37 |
Primera League | tiada data lengkap | 14 |
A League | tiada data lengkap | tiada data lengkap |
Sebelum ini Daily Mail telah melaporkan dimana Persatuan Bola Sepak England tidak bercadang untuk menggunakan VAR didalam aksi Liga Perdana Inggeris dalam masa terdekat atau sebelum musim 2018/19 bermula.
Bagaimanapun laporan daripada Persatuan Bola Sepak England (FA England) mengesahkan dimana mereka bakal menggunakan VAR pada perlawanan tertentu (terpilih) bagi saingan Piala FA bermula Januari depan.
THE FA CONFIRMS INTENTION TO USE VIDEO ASSISTANT REFEREES IN EMIRATES FA CUP - The FA
Dan adakah ini memberi petanda bahawa Liga Perdana Inggeris telah bersedia untuk menerima teknologi VAR ini ?