Kemenangan Monreal menyebabkan mereka tidak berpuas hati


Kejutan pada pemenang Anugerah PFA Player Of The Month yang dimenangi oleh pemain pertahanan Arsenal, Nacho Monreal nyata tidak disenangi oleh segelintir peminat bolasepak.

Sehingga ada mengatakan peminat dan penyokong Arsenal melakukan 'sabotaj' pada undian kali ini untuk memastikan kemenangan menjadi milik Monreal.

Sabotaj yang dimaksudkan itu adalah mendakwa peminat dan penyokong Arsenal berulang kali melakukan undian memilih Monreal.

Syabas diucapkan kepada laman-laman sosial penyokong Arsenal kerana memainkan peranan dengan menggalakkan penyokong Arsenal mengundi dan memilih Monreal sehingga diumumkan selaku pemenang bulan Oktober 2017.



Dah nama pun pilihan peminat dan penyokong.

Nacho Monreal diumumkan selaku pemenang Anugerah PFA Fan's Player of the Month bagi bulan Oktober, dengan meraih undian sebanyak 37% untuk layak diumumkan sebagai pemenang mengatasi pemain City, Kevin De Bruyne dan juga rakan sepasukan beliau di Arsenal iaitu  Alexis Sanchez.
Monreal, 31 tahun meledak dua pada aksi bulan Oktober dengan menjaring gol ketika Arsenal berjaya menewaskan Brighton 2-0 dan ketika kemenangan besar Asenal 5-2 keatas Everton. 

Aksi Monreal menjaringkan gol pada pertemuan diantara Arsenal menentang Brighton yang berkesudahan Arsenal menang 2-0.
Dikatakan lapan pemain City lebih layak untuk memenangi anugerah ini dengan pemain seperti De Bruyne, Leroy Sane dan juga Raheem Sterling yang lebih banyak menjaringkan gol serta lebih banyak menghasilkan bantuan gol berbanding Monreal.

Namun, penyokong dan peminat Arsenal lebih padu dalam memberi sokongan kepada pemain-pemain Arsenal termasuklah dalam undian pemain bulan Oktober 2017.

Jadi salahkah peminat dan penyokong Arsenal mengundi pemain kesayangan mereka?

Antara pemain-pemain City yang didakwa lebih layak memenangi anugerah bulan Oktober 2017.
Berikut adalah reaksi penyokong dan peminat yang tidak senang dengan keputusan Anugerah PFA Player Of The Month Award bagi bulan Oktober:

Post a Comment

Previous Post Next Post