Wilshere fokus peluang beliau bersama Arsenal sebelum England.


Jika Lacazette masih belum diberi peluang dan kepercayaan oleh Wenger dalam berada didalam kesebelasan utama ketika menentang pasukan yang dianggap kuat serta masih gagal untuk beraksi secara tetap dengan menamatkan 90 minit masa sebenar perlawanan.

Namun nasib seorang lagi pemain Arsenal, Jack Wilshere boleh dianggap lebih teruk daripada apa yang dialami oleh Lacazette.

Wilshere setakat ini masih gagal untuk memulakan aksi didalam saingan liga sebagai pemain  utama ataupun berada didalam senarai kesebelasan utama Arsenal dan beliau sehingga ke saat ini baru dua kali membuat penampilanan didalam saingan liga dengan kedua-dua aksi tersebut beliau bermain atau masuk  beraksi sebagai pemain gantian.

Walaupun dikatakan terdesak dengan mahu mendapatkan jumlah aksi permainan (minit permainan) bagi mengekalkan prestasi beliau disamping mahu menempatkan diri bersama skuad kebangsaan England dalam menghadapi kejohanan Piala Dunia 2018, namun beliau masih gembira dengan situasi beliau ketika ini bersama Arsenal.


Dalam laporan yang dikeluarkan oleh Goal, Wilshere kini lebih memberi perhatian dalam usaha beliau untuk kembali menjadi pemain utama Arsenal dan merebut kembali tempat beliau didalam kesebelasan utama Arsenal bagi saingan liga.

WILSHERE GIVEN ASSURANCES BY WENGER OVER ARSENAL PLAYING TIME

Wilshere yang terlepas peluang bagi mewakili skuad kebangsaan England pada perlawanan persahabatan menentang Jerman dan Brazil di Stadium Webley yang dijadualkan pada 10 dan 14 November ini, bagaimanapun menegaskan bahawa fokus beliau kini adalah untuk kembali beraksi bersama Arsenal sebelum memikirkan peluang untuk pasukan England.

Sebelum ini pengurus England, Gareth Southgate menegaskan bahawa Wilshere perlu lebih kerap beraksi bersama Arsenal sebelum beliau memikirkan untuk memanggil beliau menyertai skuad England dalam persedian menghadapi kejohanan Piala Dunia 2018 di Rusia.

Southgate mahukan Wilshere lebih kerap beraksi bersama Arsenal sebelum memanggil menyertaiskuad England.
Dalam laporan tersebut juga Wilshere turut mengakui bahawa beliau masih lagi gembira bersama Arsenal dan menegaskan bahawa beliau tetap mahu kekal beraksi bersama Arsenal.
I've got a great relationship with the boss [Wenger], I've heard the boss speak in previous press conferences. He's assured me that I will get some playing time. I want to stay at this club, I've said that many times. - Goal
Dengan harapan sebagaimana penjelasan Wenger dalam sidang media yang menjanjikan peluang bermain yang lebih kerap bakal diberikan oleh Wenger terhadap beliau, Wilshere juga berharap mampu mengekalkan kecergasan beliau sambil menyatakan bahawa beliau kini sudah cukup bersedia untuk beraksi.

Wenger pernah menyuarakan mahu memberi lebih peluang kepada Wilshere dalam saingan liga.
Walaupun mengakui bahawa beliau terlalu inginkan beraksi bersama skuad England namun segalanya bergantung kepada pengurus pasukan kebangsaan itu, Gareth Southgate sama ada mahu memanggil beliau atau tidak.

Kenyataan Southgate sebelum ini yang mahukan Wilshere lebih kerap beraksi bersama Arsenal sebelum pengurus itu membuat keputusan untuk memanggil beliau atau tidak disambut positif oleh Wilshere.

Dan Wilshere sekali lagi berharap beliau mampu membarisi kesebelasan utama Arsenal dalam masa terdekat ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post