Ketika ini pemain kebangsaan Jerman yang juga pemain pertahanan Arsenal, Shkodran Mustafi (25 tahun) dilihat semakin serasi bersama Arsenal dan mampu bermain dengan baik dibawah taktikal yang diserapkan oleh Arsene Wenger.

Namun menurut laporan La Gazzetta dello Sport, bekas pemain Valencia dan Sampdoria ini masih menjadi sasaran Inter Milan yang mana pasukan daripada Itali ini dikatakan berminat untuk membawa beliau menyertai mereka dalam masa terdekat ini.

Mustafi masih mempunyai kontrak bersama Arsenal sehingga tahun 2021 (Jun) dan kekurangan pemain pertahanan berpengalaman Arsenal ketika ini mungkin menyukarkan urusan perpindahan ini daripada berlaku.

Lebih-lebih lagi Per bakal menamatkan kontrak beliau dipenghujung musim ini serta usia pemain pertahanan Arsenal yang lain seperti Koscielny berusia 32 tahun dan Monreal 31 tahun dilihat menghampiri zaman kemuncak mereka.

Adalah sukar untuk dipercayai bagi Wenger melepaskan pemain pertahanan berpengalaman seperti Mustafi yang mewakili skuad Jerman dalam memenangi Piala Dunia 2014 dengan keadaan barisan pertahanan yang dimiliki Arsenal ketika ini.

Jadi perpindahan beliau pada jendela perpindahan yang bakal dibuka Januari nanti dilihat sesuatu yang sukar untuk menjadi kenyataan melainkan Wenger berjaya membawa pemain lain.

Namun sekali lagi masalah keserasian bakal menjadi satu bebanan buat skuad Arsenal jika mendapat pemain baru diposisi pertahanan.

Post a Comment

Previous Post Next Post