Bekas pemain Arsenal umum persaraan.


Bekas pemain Arsenal ( 2010 - 2013 ) Sebastien Squillaci telah mengumumkan persaraan beliau pada usia 37 tahun . Kelab sekarang beliau adalah Sporting Club Bastiais yang bermain di liga Championnat National France 

Dilahirkan pada tanggal 11 Ogos 1980 di Toulon , Perancis . Pemain yang berketinggian 1.83 meter itu bermain pada posisi pertahanan tengah .

Memulakan karier bola sepak di akedemi Seynois dari 1986 - 1996 sebelum menyertai kelab Toulon , semusim selepas itu diserap ke skuad senior dan bermulalah karier profesional beliau .

Dalam tempoh karier beliau , telah dua kali beliau berkelana dari luar Perancis iaitu di Sepanyol bersama Sevilla (2008 - 2010) sebelum menyertai Arsenal .

Cap beliau bersama skuad senior sebanyak 470 (buat masa sekarang) dengan 29 gol terhasil sepanjang karier beliau .

SELAMAT MAJU JAYA 
SÉBASTIEN SQUILLACI

-MYGOONERS-

Post a Comment

Previous Post Next Post