Dennis Bergkamp punca inspirasi pemain Spurs


Mungkin artikel ini tidak menyenangkan segelintir peminat dan penyokong Arsenal, namun inilah kenyataan yang perlu diterima.

Bintang Tottenham Hotspur, Christian Eriksen mendedahkan dimana bekas pemain Arsenal yang juga  lagenda Arsenal, Dennis Bergkamp merupakan punca evolusi permainan beliau sehinggakan menjadi salah seorang pemain 'playmaker' terbaik dunia ketika ini.

Pemain berusia 25 tahun itu mempamerkan aksi cemerlang dalam membantu Denmark menewaskan Republic of Ireland pada kempen kelayakan Piala Dunia baru-baru ini dengan meledakan tiga gol untuk membantu Denmark mencapai kemenangan 5-1 keatas Ireland.

Eriksen dedahkan Bergkamp sebagai pemain yang mengubah permainan beliau.
Eriksen sebelum menyertai Spurs pada tahun 2013, telah menghabiskan lima tahun dalam proses pembentukan sebagai pemain di Ajax. Dan ketika bersama kelab tersebut, beliau telah mendapat didikan dan tunjuk ajar daripada lagenda Arsenal, Bergkamp.

Bergkamp bermula selaku jurulatih pelatih bersama kelab tersebut sebelum kedatangan Eriksen enam bulan berikutnya.

Kelebihan Bergkamp ketika itu adalah beliau baru sahaja bersara (lebih kurang dua tahun) daripada bermain bola sepak dan masih segar dengan skill serta mampu berkongsi pandangan selaku pemain bintang dimana rekod dan reputasi beliau masih segar selaku bintang ternama ketika itu.

Secara tidak langsung ianya banyak mempengaruhi bakat-bakat muda dalam erti lain menjadi idola pemain muda dikelab tersebut.

Berbalik kepada Eriksen, beliau dikira bertuah kerana mendapat bimbingan daripada dua bekas pemain Ajax termasuklah Bergkamp yang memulakan karier bolasepak bersama kelab ini pada tahun 1981 sehingga 1993 dan seorang lagi bekas pemain Ajax iaitu Wim Jonk.

Dan kenyataan Eriksen mengenai pengaruh Bergkamp ini disiarkan pada laporan Sky Sport dimana beliau menyatakan bahawa banyak yang dipelajari beliau daripada Bergkamp 
In my first year at Ajax, we had sessions with Dennis Bergkamp and Wim Jonk, we worked on movement, learning how to measure runs and then passing the ball to exactly the right place at exactly the right time.
Even then you could see Dennis’s charisma and confidence on the ball. He always knew how to take his first touch and where the ball needed to end up afterwards. I learned a lot from watching Dennis and from working with him. It helped me when I made it through to the first team.


Kisah Ringkas Bergkamp
Bergkamp bersara daripada peringkat antarabangsa (mewakili Belanda) pada tahun 2000 sejurus Belanda tewas kepada Itali menerusi sepakan penalti yang berkesudahan 3–1, memihak kepada Itali pada saingan separuh akhir Euro 2000.

Jaringan terakhir beliau bersama Belanda adalah pada 9 Oktober 1999 ketika menentang Brazil yang berkesudahan seri 2-2.

Sepanjang karier beliau bersama Belanda, beliau telah membuat 79 penampilan dengan 37 gol berjaya dijaringkan beliau.

Pada tahun 2006, beliau kemudiannya mengumumkan persaraan daripada arena bola sepak (selaku pemain) dan meninggalkan Arsenal pada tahun 2006 selepas bersetuju untuk menyambung kontrak asal yang berakhir pada tahun 2005.
You can't blame anyone for that. You just have to accept that Bergkamp did a beautiful thing."Sir Bobby Robson mengenai  gol yang dijaringkan oleh Dennis Bergkamp ketika menentang Newcastle United pada Mac 2002.
Bersama Arsenal beliau telah membuat 389 penampilan dengan 103 gol berjaya dijaringkan beliau serta 34 bantuan gol dicipta beliau.

Selepas bersara, beliau menolak tawaran untuk menceburi bidang kejurulatihan serta menolak tawaran Arsenal yang menawarkan beliau menjadi pencari bakat (scout) demi memenuhi impian beliau untuk bersama keluarga.

Namun pada tahun 2008, beliau mengambil diploma kejurulatihan (Coach Betaald Voetbal daripada  Royal Dutch Football Association - KNVB) dan menjalani pratikal bersama Ajax sebagai jurulatih pelatih.

Beliau kemudiannya dilantik menjadi pembantu kepada Johan Neesken yang mengemudi pasukan Belanda B pada 26 Oktober 2008 selepas menamatkan pengajian dalam Diploma Kejurulatihan.

Memasuki musim 2008/09 liga Belanda, beliau kembali menyertai Ajax sebagai jurulatih rasmi pasukan itu dengan melatih skuad remaja U12.

Apabila Frank de Boer menjadi pengurus pasukan Ajax pada tahun 2010, beliau dilantik menjadi pembantu (penolong pengurus) kepada Fred Grim untuk mengemudi skuad U19 Ajax. Dan pada tahun 2011, beliau telah dilantik menjadi penolong kepada de Boer - jawatan penolong pengurus Ajax.

Namun pelantikan pengurus baru Ajax, Peter Bosz yang menggantikan de Boer, menyebabkan tugas beliau hanya diatas padang latihan dalam membantu serta membentuk pemain muda dan beliau tidak lagi bersama pasukan utama ketika hari perlawanan.
He needs fewer touches to score. Sometimes just one, when others need two or three."Wenger on Bergkamp.
Beliau yang dikenali dengan gelaran Non-Flying Dutchman ekoran ketakutan beliau untuk menaiki pesawat (terbang) dan ketakutan itu disebabkan oleh insiden pada tahun 1994 dimana pesawat yang dinaiki oleh pasukan kebangsaan Belanda yang menyertai Kejohanan Piala Dunia mengalami kerosakan ketika penerbangan. 

Berikutan insiden tersebut beliau membuat keputusan untuk tidak lagi menaiki pesawat penerbangan dan ketakutan beliau ini dipanggil Aviophobia.
I've got this problem and I have to live with it. I can't do anything about it, it is a psychological thing and I can't explain it. I have not flown on a plane for two years. The Dutch FA has been sympathetic, so have Arsenal, so far. I am considering psychiatric help. I can't fly. I just freeze. I get panicky. It starts the day before, when I can't sleep.
Situasi ini mengehadkan keupayaan beliau untuk beraksi ditempat lawan bagi perlawanan di Eropah bersama pasukan kebangsaan mahupun kelab. 

Post a Comment

Previous Post Next Post