Ozil nafi perpindahan ke Manchester sambil tegaskan beliau adalah pemain Arsenal


Desas-desus kuat mengatakan beliau bakal menyertai Manchester United pada perpindahan Januari nanti begitu kuat diperkatakan ketika ini dan perkhabaran ini mendapat respon daripada empunya badan, Mesut Ozil.

Dalam laporan terkini yang dikeluarkan oleh Metro, beliau menegaskan bahawa beliau adalah pemain Arsenal (100% pemain Arsenal) dan gembira bersama kelab ketika ini serta mahu mempamerkan aksi terbaik beliau bersama kelab.

Namun beliau turut menegaskan dimana beliau tidak pasti apa yang bakal berlaku kelak.
I want to perform here and have fun here. I’m enjoying my time here but I can’t say what will happen in the future.
Kontrak beliau bersama Arsenal bakal berakhir dipenghujung musim ini dan difahamkan beliau ketika ini dikaitkan dengan bekas pengurus Real Madrid yang kini bersama Manchester United,  Jose Mourinho.



Mourinho dikatakan mahu membawa Ozil menyertai skuad beliau sebelum bermulanya musim 2018/19.

Benarkan Mourinho mahukan Ozil bersama Manchester United?
Manakala laporan Metro semalam mendedahkan dimana Arsenal telah meletakkan nilai sebanyak £30juta bagi mana-mana pasukan yang mahukan khidmat pemain kebangsaan Jerman ini.

Namun semua itu dinafikan Ozil.


Beliau yang menerima kritikan mengenai prestasi beliau tidak begitu mengambil kira pendapat dan kritikan orang lain melainkan ianya adalah pendangan dan pendapat daripada pengurus pasukan, Arsene Wenger.
I generally don’t assess my own games. My objective is to bring my performance onto the pitch and help the team. So I let the others talk. It’s important for me to have fun on the field and be successful.
Having high expectations on one hand is an honour because it shows people exactly what I can do and what I am. On the other hand, it’s of no interest to me. As I’ve said in the past, what’s most important to me is what the coach thinks.
Bekas pemain pertahanan Arsenal, Lee Dixon sebelum ini pernah menegaskan bahawa situasi Ozil dan Sanchez sekarang jika dibandingkan pada zaman beliau dahulu, mereka berdua (Ozil dan Sanchez) sudah tentu tidak bertahan lama (bersama Arsenal) di kelab ini.

Menurut beliau (Dixon) lagi, pada zaman beliau (Dixon) jika seseorang pemain itu tidak mahu kekal atau bermain bersama kelab, mereka akan 'dipulaukan' dan ditunjukan jalan keluar (meninggalkan kelab).

Peminat dan penyokong sudah tentu dapat menilai prestasi seseorang pemain itu diatas padang yang mencerminkan jiwa pemain tersebut bersama kelab.

Wajarkah Wenger mengekalkan Ozil ataupun lepaskan beliau pada jendela perpindahan yang akan dibuka Januari nanti?

Kekalkan ataupun lepaskan (jual) Ozil

Kekalkan
Lepaskan
Other
Please Specify:
created here


Post a Comment

Previous Post Next Post