Kejuaraan Liga 2017/18


Mampukah Arsenal mengejar pendahulu liga ketika ini, Manchester City? Skuad yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah setakat ini setelah mengharungi 11 perlawanan liga dengan 10 kemenangan dan satu keputusan seri untuk mengumpul 31 mata ketika ini.

Manakala Arsenal pula ketinggalan 12 mata jika dibandingkan dengan City ketika ini untuk berada ditangga keenam liga, berkongsi mata bersama Liverpool (tangga kelima) dan Burnley ditangga ketujuh liga dengan masing-masing mengumpul 19 mata.

Kedudukan liga selepas mengharungi 11 perlawanan.
Selepas terkeluarnya daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah musim ini ekoran kegagalan untuk menempatkan di kedudukan terbaik musim lalu, Arsenal musim ini dilihat mahu memberikan perhatian dan penekanan terhadap saingan liga bagi memburu kejayaan yang kali terakhir dimenangi Arsenal pada musim 2003-04 (13 musim tanpa kejuaraan liga).
Wenger believes being out of the Champions League could be beneficial for Arsenal as they chase the Premier League title in 2017/18, making it clear that he won’t be prioritising Europe’s second competition. - Metro UK, 3 Ogos 2017.
Sebelum bermulanya saingan liga musim ini, Arsenal dilihat sebuah pasukan yang mampu memberikan cabaran dalam memburu kejuaraan liga setelah berjaya membawa masuk seorang penyerang yang dianggap mempunyai naluri 'membunuh', Alexandre Lacazette.

Kemasukan penyerang termahal dalam rekod pembelian pemain oleh Arsenal ini dijangka menyelesaikan masalah ketumpulan pada jentera serangan Arsenal disamping Ozil dan Sanchez masih bersama skuad ketika ini (musim ini).

Namun jika melihatkan pada jumlah jaringan yang dilakukan oleh Arsenal bagi 14 musim sebelum ini, Arsenal dilihat tidak menghadapi masalah ketara pada jentera serangan dengan purata setiap musim (bagi 14 musim terdahulu) Arsenal berjaya menjaringkan sebanyak 72.5 gol dan melepaskan sebanyak 37.4 gol.

Namun apakah masalah terbesar yang dihadapi Arsenal setelah kali terakhir menjulang kejuaraan liga?

Rekod jaringan dan bolos Arsenal bagi 14 musim terdahulu:
Musim Jumlah Jaringan Jumlah Bolos Kedudukan Akhir Mata
2003-04 73 26 1 90
2004-05 87 36 2 83
2005-06 68 31 4 67
2006-07 63 35 4 68
2007-08 74 31 3 83
2008-09 68 37 4 72
2009-10 83 41 3 75
2010-11 72 43 4 68
2011-12 74 49 3 70
2012-13 72 37 4 73
2013-14 68 41 4 79
2014-15 71 36 3 75
2015-16 65 36 2 72
2016-17 77 44 5 75

Jika melihat kepada jadual diatas, Arsenal dilihat sukar untuk mendapatkan jumlah mata melebihi 80 dengan kali terakhir Arsenal berjaya mengumpul mata melebihi 80 adalah pada musim 2007-08 (83 mata) pun begitu, Arsenal sekadar menamatkan saingan ditangga ketiga liga.

Dan untuk sesebuah pasukan itu muncul selaku juara liga, mata yang diperlukan jika melihat kepada rekod sebelum ini (pasukan menjuarai liga), secara kasarnya mestilah melebihi 80 mata dan secara puratanya adalah 88.1 bagi 14 musim sebelum ini.

Jadi untuk Arsenal muncul selaku juara, boleh dikatakan mata yang diperlukan adalah melebihi 80 dan untuk menjadikan ianya lebih selamat haruslah melebihi 90 mata atau sekurang-kurang menghampiri 90 mata.

Bil Musim Juara Mata
1 2003-04 Arsenal 90
2 2004-05 Chelsea 95
3 2005-06 Chelsea 91
4 2006-07 Man Utd 89
5 2007-08 Man Utd 87
6 2008-09 Man Utd 90
7 2009-10 Chelsea 86
8 2010-11 Man Utd 80
9 2011-12 Man City 89
10 2012-13 Man Utd 89
11 2013-14 Man City 86
12 2014-15 Chelsea 87
13 2015-16 Leicester 81
14 2016-17 Chelsea 93

Mampukah Arsenal menjuarai liga dengan kedudukan terkini liga?

Jika mengambil kira situasi terkini (dengan mengabaikan Man.City seketika) Arsenal yang mengumpul 19 mata dengan berbaki 27 perlawanan, Arsenal perlu memenangi sekurang-kurangnya 24 perlawanan seterusnya untuk mengumpul 91 mata bagi menjamin kejuaraan liga.

27x 3 = 81 mata ( jumlah mata maksimum ) untuk dikumpul dengan memenangi kesemua perlawanan (baki 27 perlawanan).

Dan bagi mengumpul mata yang dianggap selamat untuk menjuarai liga (90 mata), Arsenal perlu memenangi sekurang-kurangnya 24 perlawanan seterusnya.

➠ Mata terkini = 19
➠ 24 x 3 = 72 mata
➠ 19 (mata terkini) + 72 (mata yang diperlukan) = 91 mata.



Masalah Terbesar Arsenal.

Namun masalah utama Arsenal adalah dalam menghadapi pasukan 'top 4' ataupun kini menjadi 'top 6' liga apabila bermain ditempat lawan.

Daripada 75 mata yang ditawarkan dalam menentang lima pasukan yang berada di top 6 liga, bagi lima musim terkini (bermain ditempat lawan bagi ), Arsenal hanya mampu meraih 16 mata sahaja (21% mata yang berjaya diraih).

Begitu juga apabila bermain ditempat sendiri, rekod kemenangan Arsenal menentang top 6 pasukan ini juga tidak begitu menarik apabila sekadar berjaya mengumpul 36 mata daripada 75 mata maksimum.

Tidak sampai 50%  (48%) rekod kemenangan Arsenal bermain ditempat sendiri menentang pasukan-pasukan tersebut.

Berikut adalah rekod keputusan menentang Man.United, Man.City, Chelsea, Liverpool dan Tottenham.

Musim 2016-17 2015-16 2014-15 2013-14 2012-13
Pasukan Home Away Home Away Home Away Home Away Home Away
Manchester United 2-0 1-1 3-0 3-2 1-2 1-1 0-0 1-0 1-1 2-1
Manchester City 2-2 2-1 2-1 2-1 2-2 2-0 1-1 6-3 2-0 1-1
Chelsea 3-0 3-1 1-0 2-0 0-0 2-0 0-0 6-0 2-1 2-1
Liverpool 3-4 3-1 0-0 3-3 4-1 2-2 2-0 5-1 2-2 2-0
Tottenham 1-1 2-0 1-1 2-2 1-1 2-1 1-0 1-0 5-2 2-1
Jumlah Mata Diperolehi 8 1 8 3 6 5 9 3 5 2
Jumlah Mata Home 36 daripada 75
Jumlah Mata Away 16 daripada 75
Petunjuk Menang Seri Kalah

Ramalan Wenger

Sebelum ini, Wenger pernah mengatakan dimana untuk menjuarai liga, mata yang diperlukan oleh sesebuah pasukan itu diantara sekitar 82-86 mata.

If you look well after nine games, the first trend is set, as they have 20 points. So the champion will have 82-86 points. Every game is a fight in this league. - Wenger.
Untuk Arsenal mencapai mata berjumlah 86 diakhir cabaran liga, daripada baki 27 perlawanan liga, Arsenal hanya memerlukan 22 kemenangan dengan satu keputusan seri untuk mengumbul 86 mata.

Mata dijangkankan 22 kemenangan x 3 mata = 66 mata (mata daripada baki perlawanan liga).
Ditambah dengan satu keputusan seri : 1 mata.
Mata semasa : 19 mata.
Jumlah mata : 86 mata.

Namun adakah mata ini memadai untuk muncul juara dengan situasi City yang dilihat begitu yakin ketika ini.

Kedudukan Man.City

Jika dilihat pada kedudukan dan jumlah mata terkini Man.City, pasukan ini dilihat tidak menghadapi masalah untuk menjuarai liga. 

City hanya memerlukan 19 kemenangan dan 2 keputusan seri bagi mengumpul 90 mata berbanding Arsenal yang memerlukan 24 kemenangan selain tidak boleh kalah dalam baki perlawanan.

Namun, berdasarkan rekod prestasi mereka sebelum ini sebagaimana diterangkan pada 'Bulan Sukar Buat Pasukan EPL', kemungkinan prestasi City sedikit menurun namun tidak itu cerita berdasarkan musim lepas.

Musim ini, City telah berbelanja besar bagi menguatkan skuad mereka bagi mengimbangi saingan domestik dan Eropah.

Apapun keputusan yang melibatkan City, Arsenal seharusnya kekal dengan keputusan mengelakkan kekalahan (tidak boleh kalah dalam baki saingan liga) disamping memenangi 24 perlawanan (seboleh-bolehnya).

Namun sekiranya Arsenal gagal mencapai sasaran kemenangan, adakah Wenger bakal beralih kepada kejuaraan Liga Europa?

Dan adakah peluang untuk mencabar kejuaraan liga musim ini terlalu samar dan sukar?

Post a Comment

Previous Post Next Post