Bekas pemain sayap Arsenal menerima tamparan hebat dan memalukan ketika cuba menjual jersi yang tertera nama beliau. 

Alex Oxlade-Chamberlain bekas pemain Arsenal yang menyertai kelab Liverpool dengan nilai perpindahan berjumlah £35 juta pada awal musim ini, mengambil bahagian dalam 'prank' yang dijalankan oleh MBNA America Bank bersama rakan sepasukan Dominic Solanke dan Andrew Robertson. 




Legenda Reds, Robbie Fowler yang menghostkan program 'School of Scouse' itu telah mengarahkan trio tersebut daripada van keselamatan yang diletakkan di luar kedai kelab dan pemain-pemain tersebut mengikuti arahan yang diberikan oleh Fowler untuk berinteraksi dengan pelanggan di dalam kedai itu.

Namun, Alex Oxlade-Chamberlain dibiarkan menerima rasa malu apabila gurauan beliau menyamar itu tidak menjadi seperti yang diharapkan.

Didalam klip video dibawah, Fowler telah mengarahkan Oxlade-Chamberlain untuk mengambil jersi yang mempunyai nama beliau supaya menjualnya kepada pemainat Liverpool namun kejadian yang tidak diingini terjadi dalam usaha Chamberlain untuk memujuk penyokong itu membeli jersi yang mempunyai nama beliau.


Dan reaksi kanak-kanak tersebut memeranjatkan Chamberlain apabila menolak tawaran beliau itu.

Berikut adalah perbualan diantara Chamberlain dan kanak-kanak tersebut:

Chamberlain : "Excuse me son. Do you want to buy this?"
Kanak-kanak : "No, thank you." 

Chamberlain : "Are you sure?" 
Kanak-kanak : "I'm sure."

Chamberlain : "He's going to be a superstar"
Kanak-kanak : "One day. Been saying that for 10 years, though."


Post a Comment

Previous Post Next Post