![]() |
Raúl Sanllehí (dua dari kiri) sah sertai Arsenal. Kredit gambar : Arsenal |
Arsenal telah mengesahkan bekas 'director of football' Barcelona, Raúl Sanllehí menjadi sebahagian daripada staff kelab dan pengumuman ini dibuat melalui laman rasmi Arsenal.
Kemasukan Sanllehí ini sekaligus menamatkan khabar angin sebagaimana dilaporan sebelum ini yang mengaitkan beliau bersama kelab Manchester City.
Baca: Perkembangan Lemar dan Sanllehi.
Sanllehí telah bersama Barcelona untuk tempoh 14 tahun dan beliau akan memulakan tugas baru bersama Arsenal bermula pada Februari nanti (2018).
Difahamkan beliau akan mengetuai urusan kemasukan pemain baru
dengan dibantu oleh Arsène Wenger, Ivan Gazidis dan juga perunding kontrak Huss Fahmy.Baca: Perkembangan Lemar dan Sanllehi.
Sanllehí telah bersama Barcelona untuk tempoh 14 tahun dan beliau akan memulakan tugas baru bersama Arsenal bermula pada Februari nanti (2018).
Difahamkan beliau akan mengetuai urusan kemasukan pemain baru
Sebelum ini Arsenal telah berjaya membawa masuk ketua pemantau (scout) baru iaitu Sven Mislintat daripada Borussia Dortmund yang menggantikan Steve Rowley yang Rowley telah memengang jawatan tersebut selama 21 tahun dan telah bersama Arsenal untuk tempoh 35 tahun.Raul has been at Barcelona for the past 14 years. He will join us in February to lead future player negotiations and work alongside manager Arsène Wenger, chief executive Ivan Gazidis and contract negotiator Huss Fahmy.
Manakala Dick Law yang telah bersama Arsenal selama lapan tahun sebagai 'chief transfer negotiator' turut melepaskan jawatan beliau dan digantikan oleh Huss Fahmy yang merupakan bekas pengarah urusan komersial dan perniagaan Team Sky.
Perkembangan menarik ini menyaksikan dimana Ivan Gazidis begitu bersungguh-sungguh dalam melakukan pembaharuan kepada pasukan belakang tabir Arsenal.