Laporan yang mengatakan Ozil membuat permintaan untuk menggunakan jersi nombor 10 Arsenal yang kini digunakan oleh Wilshere untuk beliau menyambung kontrak bersama Arsenal mencetuskan perdebatan dikalangan peminat-peminat Arsenal dan juga bolasepak dunia.
Namun cerita atau laporan yang mengatakan Ozil mahukan jersi bernombor 10 ini bukanlah cerita baru. Sebaliknya pada musim lepas ataupun tahun lepas lagi kedengaran cerita mengenai jersi No.10 ini dikaitkan dengan penyambungan kontrak Ozil.
Mesut Ozil set to sign bumper new Arsenal deal that will see him inherit Jack Wilshere’s No.10 shirt. - Metro, 28 Sep 2016.
Cuma ketika itu, situasi ataupun status Wilshere masih dibelenggu dengan kecederaan dan berada bersama kelab Bournemouth secara pinjaman, maka ianya tidaklah menjadi hangat sebagaimana sekarang.
Tambahan lagi dengan kedua-dua pemain ini bakal menamatkan kontrak mereka bersama Arsenal dipenghujung musim ini dan ditambah dengan tahap kecergasan Wilshere yang kembali mantap.
Jadi semakin menariklah cerita ini dan ditambah pula dengan prestasi pasukan yang dikatakan tidak menentu ketika ini disamping moral dan semangat pemain yang dikatakan tidak bersungguh-sungguh ketika beraksi.
Situasi yang berbeza bagi kedua-dua pemain ini dimana ketika ini Ozil teruk dikritik dengan prestasi hambar manakala Wilshere pula semakin mantap beraksi.
Dan bagaikan melaga-laga keharmonian skuad Arsenal ketika ini, cerita permintaan Ozil mengenai jersi bernombor 10 kembali rancak dibicarakan; seolah-olah mengajak peminat dan penyokong Arsenal turut sama membenci dan mengutuk pemain Arsenal.
Dengan situasi ketika ini bagi penulis, penyokong dan peminat Arsenal perlu bersatu dalam memberi sokongan kepada pasukan. Ketepikan dahulu isu-isu ketidakpuasan hati masing-masing sehingga dipenghujung liga.
Namun pendapat masing-masing (dikalangan penyokong) juga haruslah dihormati sebagaimana kita mahukan orang menghormati pendapat kita.
Berbalik kepada isu jersi No.10 ini, ianya turut menimbulkan pertanyaan difikiran penulis ketika membaca laporan mengenai isu ini yang mana permintaan Ozil untuk menggunakan jersi No.10 Arsenal.
➧ Adakah Wilshere sanggup menyerahkan jersi bernombor 10 ini kepada Ozil?
➧ Bagaimana jika kontrak Wilshere tidak disambungkan?
➧ Layakkah Ozil menyarung jersi No.10?
➧ Adakah benar-benar Ozil mahukan jersi bernombor 10 ini?
Wilshere dan No.10
6 musim Wilshere menggunakan nombor 10 bersama Arsenal. |
Dan sebelum itu, beliau (Wilshere) menggunakan jersi bernombor 19 yang mana ditinggalkan oleh Gilberto Silva pada musim 2008-09.
Wilshere selama tiga musim telah menggunakan jersi bernombor 19 ini (2008-09,2010-11 dan 2011-12) sebelum menyerahkan No.19 ini kepada Santi Cazorla pada musim berikutnya, 2012-13.
*Nota - pada Januari 2010 Wilshere dipinjamkan kepada kelab Bolton Wanderers sehingga ke penghujung musim.
Ozil dan No.10
Ozil, sepanjang karier bolasepak beliau mewakili kelab-kelab bolasepak hanya menggunakan atau menyarung jersi bernombor 10 ini ketika bersama Real Madrid dari musim 2010-11 sehingga 2013-14.
Bersama Arsenal beliau dari musim 2013-14 sehingga kini hanya menggunakan jersi bernombor 11 yang ditinggalkan oleh André Santos.
Ozil menggunakan jersi bernombor 11 bersama Arsenal. |
Musim | Pasukan | No. Jersi |
---|---|---|
17/18 | Arsenal | 11 |
16/17 | Arsenal | 11 |
15/16 | Arsenal | 11 |
14/15 | Arsenal | 11 |
13/14 | Arsenal | 11 |
13/14 | Real Madrid | 10 |
12/13 | Real Madrid | 10 |
11/12 | Real Madrid | 10 |
10/11 | Real Madrid | 23 |
10/11 | SV Werder Bremen | 11 |
09/10 | SV Werder Bremen | 11 |
08/09 | SV Werder Bremen | 11 |
07/08 | SV Werder Bremen | 11 |
07/08 | FC Schalke 04 | 17 |
06/07 | FC Schalke 04 | 17 |
Manakala bersama skuad kebangsaan Jerman, Ozil menggunakan jersi bernombor 10 ini selepas persaraan Podolski daripada arena antarabangsa dan rekod beliau bersama jersi no.10 adalah seperti berikut:
Musim | Jersi Skuad Kebangsaan Jerman |
---|---|
17/18 | 10 |
16/17 | 10 |
15/16 | 8 |
14/15 | 8 |
13/14 | 8 |
12/13 | 8 |
11/12 | 8 |
10/11 | 8 |
09/10 | 8 |
08/09 | 6 |
08/09 | 8 |
08/09 | 10 |
08/09 | 17 |
08/09 | 10 (skuad U21) |
07/08 | 17 (skuad U21) |
No.10
Dennis Bergkamp menggunakan jersi No.10 Arsenal dari tahun 1995 hingga 2006. |
Kebiasaannya, pemain yang memakai atau menggunakan jersi bernombor 10 ini dalam pasukan merupakan pemain yang dikenali sebagai 'playmaker' dan posisi pemain ini adalah diantara pemain tengah dan penyerang.
Dalam sistem klassik ianya dianggap pemain yang mempertahankan zon 14 iaitu kawasan di belakang penyerang.
Zon 14 yang menjadi kawasan pemain No.10 dalam sistem klassik. |
Namun dalam bolasepak moden, ada peningkatan dalam fleksibiliti dan percanggahan dengan nombor pemain serta peranan mereka diatas padang. Pemain 'playmaker' dalam bolasepak moden tidak lagi mengunakan jersi bernombor 10.
Jadi kenapa Ozil begitu mahukan no.10?
Ketika Mourinho menjadi pengurus pasukan Real Madrid, beliau merupakan individu yang bertanggungjawab membawa Ozil menyertai pasukan gergasi Sepanyol daripada kelab Jerman,Werder Bremen dan memberikan peranan selaku pemain no.10 - 'central winger' ataupun pemain sayap tengah.
Ozil bersama Real Madrid menggunakan jersi bernombor 10. |
Adakah ini salah satu penyebab Ozil menggunakan alasan untuk berpindah ataupun cubaan untuk mendapatkan penghargaan sebagaimana Murinho menghargai beliau ketika bersama kelab Real Madrid?
Ozil tidak cukup bagus untuk No.10
Bekas pemain tengah England, Ray Wilkins dalam laporan yang dikeluarkan oleh talkSPORT mengatakan bahawa Ozil tidak cukup bagus untuk menggunakan jersi nombor 10 Arsenal.
He is not a great player so why should he wear 10? Why should he nick that off Jack? I think the word ‘great’ is used far too often. -Wilkins said on talkSPORT.
Bagaimanapun, Ozil bukan satu-satunya pemain Arsenal yang kontraknya bakal berakhir dipenghujung musim ini.
Wilshere juga bakal menamatkan kontrak beliau bersama Arsenal pada Jun nanti melainkan beliau berjaya memikat Wenger dan ditawarkan kontrak baru.
Seorang lagi pemain Arsenal yang bakal menamatkan kontrak dipenghujung musim ini adalah Alexis Sanchez, yang dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City ataupun Paris Saint-Germain.
Namun segalanya bakal terjawab menjelang Januari nanti apabila mereka (pemain tersebut) dibenarkan untuk menandatangani pra-kontrak bersama pasukan lain jika gagal mencapai keputusan bersama Arsenal.
Dan jika mereka menandatangani pra-kontrak bersama pasukan lain, Arsenal bakal kehilangan ketiga-tiga pemain ini secara percuma.
Berikut adalah rekod pemakai jersi No. Arsenal dari tahun/musim 1993-94 sehingga musim 2017-18 (terkini):
Wilshere juga bakal menamatkan kontrak beliau bersama Arsenal pada Jun nanti melainkan beliau berjaya memikat Wenger dan ditawarkan kontrak baru.
Seorang lagi pemain Arsenal yang bakal menamatkan kontrak dipenghujung musim ini adalah Alexis Sanchez, yang dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City ataupun Paris Saint-Germain.
Namun segalanya bakal terjawab menjelang Januari nanti apabila mereka (pemain tersebut) dibenarkan untuk menandatangani pra-kontrak bersama pasukan lain jika gagal mencapai keputusan bersama Arsenal.
Dan jika mereka menandatangani pra-kontrak bersama pasukan lain, Arsenal bakal kehilangan ketiga-tiga pemain ini secara percuma.
Berikut adalah rekod pemakai jersi No. Arsenal dari tahun/musim 1993-94 sehingga musim 2017-18 (terkini):
Musim | Pemain memakai jersi No.10 Arsenal |
---|---|
1993-94 | Paul Merson |
1994-95 | Paul Merson |
1995-96 | Dennis Bergkamp |
1996-97 | Dennis Bergkamp |
1997-98 | Dennis Bergkamp |
1998-99 | Dennis Bergkamp |
1999-2000 | Dennis Bergkamp |
2000-01 | Dennis Bergkamp |
2001-02 | Dennis Bergkamp |
2002-03 | Dennis Bergkamp |
2003-04 | Dennis Bergkamp |
2004-05 | Dennis Bergkamp |
2005-06 | Dennis Bergkamp |
2006-07 | William Gallas |
2007-08 | William Gallas |
2008-09 | William Gallas |
2009-10 | William Gallas |
2010-11 | Robin van Persie |
2011-12 | Robin van Persie |
2012-13 | Jack Wilshere |
2013-14 | Jack Wilshere |
2014-15 | Jack Wilshere |
2015-16 | Jack Wilshere |
2016-17 | Jack Wilshere |
2017-18 | Jack Wilshere |