Wilshere bukanlah No.10.

Jack Wilshere. Kredit gambar FFT.
Pemain tengah Arsenal, Jack Wilshere bukanlah pemain no.10 (amc) menurut pengurus pasukan England, Gareth Southgate.

Dalam laporan yang dikeluarkan oleh FourFourTwo hari ini yang bertajuk ' Wilshere isn't a number 10 – Southgate questions Wenger ' pengurus England itu percaya bahawa Wilshere telah bermain pada posisi yang salah bersama Arsenal.

Beliau juga percaya Wilshere sepatutnya bermain sebagai pemain tengah ataupun 'deep laying playmaker' ataupun 'holding midfielder' namun ketika ini bersama Arsenal, Wilshere lebih banyak bermain sedikit keatas bagaikan seorang attacking midfielder.

Begitu juga ketikan dipinjamkan kepada Bournemouth, Southgate turut menyatakan dimana Wilshere lebih bermain sebagai No.10.

Dan ini sedikit menyukarkan beliau (Wilshere) memandangkan Southgate kini telah pun memilikki Dele Alli dan Adam Lallana jika England mahu beraksi menggunakan pemain No.10.

Namun beliau turut menegaskan dimana beliau begitu mengagumi dan meminati bakat yang ada pada Wilshere sambil berharap beliau mampu menggunakan khidmat pemain tengah Arsenal ini bersama skuad England.

Southgate. Kredit gambar : Independent
But I want to be clear – I really like Jack Wilshere as a player. I think he is a talent and I really respect him as an individual. And I'm hoping that we are in a position in March where we can pick him. - Southgate 

Post a Comment

Previous Post Next Post