Majalah Forbes telah menyenaraikan senarai ejen-ejen paling hebat yang terlibat dalam dunia sukan termasuklah bola sepak dan sudah pasti anda akan terbayangkan Mino Raiola.
Raiola yang terkenal sebagai ejen yang mengurus pemain-pemain ternama dunia seperti Zlatan Ibrahimovic, Pavel Nedved dan juga Paul Pogba, dilaporkan mengaut jutaan dollar hasil komisyen yang diterima daripada urusniaga perpindahan dan kontrak pemain dbawah naungan beliau.
Namun beliau bukanlah berada pada senarai teratas yang dikeluarkan Forbes dalam laporan 'The World's Most Powerful Sports Agents 2017' berdasarkan jumlah komisyen yang diterima pada tahun 2017.
Berikut merupakan lima individu (ejen) yang terhebat mengikut senarai Forbes.
5. Volker Struth
Volker merupakan ejen bolasepak Jerman dan mewakili beberapa bintang ternama dalam bolasepak Jerman terutamanya dalam Bundesliga.
Beliau berjaya melakukan perjanjian perpindahan paling sukar pada 2014 apabila berjaya melengkapkan rundingan perpindahan Toni Kroos dari Bayern Munich ke Real Madrid yang mana Bayern merupakan kelab terbesar didalam arena bolasepak Jerman.
Selain berjaya menguruskan rundingan membawa Marco Reus dari Borussia Mönchengladbach ke Borussia Dortmund.
Beliau juga bertanggungjawab dalam menjadikan Mario Goetze sebagai pemain Jerman termahal didalam sejarah apabila membawa pemain tersebut menyertai Bayern Munich.
Jumlah pemain berada dibawah beliau: 88 orang.
Pemain ternama: Toni Kroos, Marco Reus, Benedikt Höwedes, Ömer Toprak, Gonzalo Castro.
Jumlah pendapatan melalui hasil komisyen: $34.3 juta.
4. Mino Raiola
Salah seorang ejen yang tidak digemari oleh bekas pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson.
"There are one or two football agents I simply do not like, and Mino Raiola...is one of them."
Rundingan perjanjian
yang dianggap besar buat kali pertama beliau adalah perpindahan Pavel Nedved
dari Sparta Prague ke Lazio, dan kemudiannya berpindah ke Juventus.
Beliau turut bertanggungjawab dalam rudingan perpindahan Zlatan Ibrahimovic dari Ajax ke Juventus dan kemudiannya ke Barcelona, Inter, PSG, dan United.
Beliau turut bertanggungjawab dalam rudingan perpindahan Zlatan Ibrahimovic dari Ajax ke Juventus dan kemudiannya ke Barcelona, Inter, PSG, dan United.
Selain Zlatan, beliau turut bertanggungjawab dalam perpindahan Paul Pogba ke Juventus pada tahun 2012 dan kemudiannya rundingan menyertai Manchester United pada tahun 2016.
Kemasukan Romelu Lukaku dan Henrikh Mkhitaryan ke Manchester United juga hasil daripada rundingan beliau.
Walaupun tidak memiliki ramai pemain dibawah naungan beliau, namun beliau tetap berjaya menjana pendapatan tinggi hasil komisyen yang diterima beliau.
Jumlah pemain berada dibawah beliau: 55
Pemain ternama: Zlatan Ibrahimovic, Paul Pogba, Romelu Lukaku, Blaise Matuidi, Henrik.
Jumlah pendapatan melalui hasil komisyen: $43.5juta.
3. Jonathan Barnett
Pengerusi kumpulan Stellar, Jonathan Barnett berusia 67 tahun merupakan salah seorang ajen bolasepak yang paling berpengaruh di dunia serta menguruskan beberapa bintang ternama bolasepak dunia.
Kumpulan ini menguruskan kira-kira 500 pelanggan yang tidak terhad kepada pemain bolasepak semata-mata.
Beliau merupakan individu bertanggungjawab dalam urusan perpindahan dan rundingan Gareth Bale yang bernilai £ 86 juta apabila berpindah dari Tottenham Hotspur ke Real Madrid.
Jumlah pemain berada dibawah beliau: 116
Pemain ternama: Gareth Bale, Gylfi Sigurdsson, Grzegorz Krychowiak, Adrien Silva, Adam Lallana, Luke Shaw, Joe Hart.
Jumlah pendapatan melalui hasil komisyen: $53.4 juta.
2. Jorge Mendes
Ejen sepak bola dari Portugal, Jorge Mendes merupakan ejen bolasepak yang pernah memenangi Agen Terbaik FIFA sebanyak tiga kali dalam karier beliau.
Beliau juga dinamakan "Best Agent of the Year" oleh Globe Soccer Awards selama enam kali berturut-turut dari tahun 2010 hingga tahun 2015.
Merupakan individu bertanggungjawab dalam rundingan dan perpindahan Cristiano Ronaldo dari Sporting ke Manchester United pada tahun 2003 dan kemudiannya mencipta rekod perpindahan dunia apabila membawa Ronaldo dari United ke Real Madrid pada 2009.
Turut bertanggungjawab membawa Jose Mourinho ke Liga Perdana Inggeris apabila berjaya membawa pengurus tersebut menyertai Chelsea dari Porto.
Beliau juga dinamakan "Best Agent of the Year" oleh Globe Soccer Awards selama enam kali berturut-turut dari tahun 2010 hingga tahun 2015.
Merupakan individu bertanggungjawab dalam rundingan dan perpindahan Cristiano Ronaldo dari Sporting ke Manchester United pada tahun 2003 dan kemudiannya mencipta rekod perpindahan dunia apabila membawa Ronaldo dari United ke Real Madrid pada 2009.
Turut bertanggungjawab membawa Jose Mourinho ke Liga Perdana Inggeris apabila berjaya membawa pengurus tersebut menyertai Chelsea dari Porto.
Jumlah pemain berada dibawah beliau: 102
Pemain ternama: Cristiano Ronaldo, Angel Di Maria, James Rodriguez, Diego Costa, Bernardo Silva, Jose Mourinho.
Jumlah pendapatan melalui hasil komisyen: $76.9 juta.
1. Constantin Dumitrascu
Constantin Dumitrascu mengetuai kumpulan Pengurusan Sukan Mondial yang berpangkalan di Jerman.
Beliau menguruskan beberapa pemain ternama dalam arena bolasepak dunia.
Beliau menguruskan beberapa pemain ternama dalam arena bolasepak dunia.
Majalah Forbes menyenaraikan beliau paling tinggi (No.1) dalam senarai ejen yang terlibat dalam dunia bolasepak apabila meraih pendapatan tertinggi bagi tahun 2017.
Dumitrascu dianggap seorang perunding yang tenang dan lebih gemar melakukan pendekatan seperti perniagaan bagi menjaga kebajikan pemain dibawah naungan beliau.
Pemain ternama: Edinson Cavani, Philippe Coutinho, Douglas Costa, Nemanja Matic, Dimitri Payet, N'Golo Kante, Raphael Varane, Olivier Giroud.
Jumlah pendapatan melalui hasil komisyen: $107.8 juta.
Sumber Rujukan dan Kredit : Forbes dan Sportkeeda