Perbandingan Manchester City dan Arsenal

Ketika ini Manchester City dilihat begitu kuat dan seakan mampu mencabar rekod tanpa kalah Arsenal yang pernah dilakukan pada musim 2003-04.

City setelah mengharungi 19 perlawanan liga setakat ini masih belum mencatatkan sebarang kekalahan dan Arsenal sebelum ini merupakan satu-satunya pasukan yang berjaya merekodkan pencapaian begini dalam Liga Perdana Inggeris.

Mampukah City menyamai rekod milik Arsenal yang menjuarai liga tanpa mencatat sebarang kekalahan?

Berikut adalah perbandingan City dan Arsenal:



Pusingan Pertama Liga (19 Perlawanan)


Rekod Arsenal selepas mengharungi 19 perlawanan liga pada musim 2003-2004

Arsenal selepas mengharungi 19 perlawanan liga atau pusingan pertama liga mencatatkan 13 kemenangan dan enam seri serta mengumpul 45 mata.

Disebalik kejayaan mengekalkan rekod tanpa kalah (dalam 19 perlawanan),  Arsenal sekadar menduduki tangga kedua liga dengan perbezaan satu mata dibelakang pendahulu liga, United yang mengumpul 46 mata.

Rekod City selepas mengharungi 19 perlawanan liga musim ini (2017-2018)
Sementara City, selepas mengharungi 19 perlawanan merekodkan 18 kemenangan dan satu keputusan seri untuk mengumpul 55 mata - perbezaan 10 mata jika dibandingkan dengan pencapaian Arsenal.

Dan kelebihan City ketika ini adalah mendahului liga dengan perbezaan 13 mata meninggalkan United ditangga kedua liga yang mengumpul 42 mata.

Perbezaan jurang mata yang terlalu besar dalam sejarah liga selepas mengharungi pusingan pertama.

Rekod Jaringan

Arsenal pada musim 2003-2004, selepas mengharungi 19 perlawanan hanya menjaringkan 35 gol serta bolos sebanyak 12 kali untuk merekodkan perbezaan gol sebanyak 23 gol.

Manakala City dilihat lebih berbisa pada jentera serangan mereka dengan berjaya menjaringkan gol 60 gol disamping barisan mempunyai pertahanan yang kental apabila hanya membenarkan gawang mereka dibolosi sebanyak 12 kali untuk memberikan perbezaan gol sebanyak 48 gol.

Perbezaan yang besar ini turut memberikan gambaran betapa berbisanya Manchester City jika dibandingkan dengan Arsenal (musim 2003-2004) dengan  jumlah perbezaan jaringan sebanyak 25 gol (48 - 23).

Dari segi penjaring gol (secara individu), City juga dilihat mempunyai kelebihan besar berbanding Arsenal dimana mereka mempunyai pilihan penyerang yang mampu menyumbang gol dengan Sergio Aguero dan Raheem Sterling masing-masing telah menjaringkan 12 gol setiap seorang (memberikan City 24 gol).

Dan dibantu oleh Gabriel Jesus dengan lapan gol, Kevin De Bruyne dengan enam gol bersama Leroy Sane yang turut menyumbang enam gol.

Daripada 60 gol yang dimiliki City, Lewis Dunk daripada pasukan Brighton & Hove Albion menyumbangkan satu gol (gol sendiri) pada perlawanan pertama ligayang berkesudahan City memenangi perlawanan tersebut 2-0.

Senarai penjaring pasukan Manchester City


BIl. Pemain Jumlah Jaringan
1 Sergio Agüero 12
2 Raheem Sterling 12
3 Gabriel Jesus 8
4 Kevin De Bruyne 6
5 Leroy Sané 6
6 David Silva 5
7 Nicolás Otamendi 4
8 Fernandinho 2
9 Danilo 1
10 Fabian Delph 1
11 Ilkay Gündogan 1
12 Bernardo Silva 1
Lewis Dunk - Brighton & Hove Albion (gol sendiri) 1
Jumlah 60



Manakala Arsenal pada zaman tersebut, hanya bergantung kepada seorang penyerang iaitu Thierry Henry yang menyamai jumlah jaringan yang dimiliki oleh Sterling dan Aguero iaitu 12 gol.

Selain Henry, jumlah jaringan gol Arsenal turut disumbangkan oleh Pires dengan tujuh gol dan Silva dengan empat gol.

Dan jumalah jaringan gol Arsenal turut dibantu oleh dua gol sendiri yang dijaringkan oleh Sami Hyypiä dan Jody Craddock.

Berikut adalah nama dan jumlah penjaring gol Arsenal bagi musim 2003-2004 selepas mengharungi 19 perlawanan.

Bil. Pemain Jumlah Jaringan
1 Thierry Henry 12
2 Robert Pires 7
3 Dennis Bergkamp 2
4 Gilberto Silva 4
5 Fredrik Ljungberg 3
6 Sylvain Wiltord 3
7 Edu 1
8 Sol Campbell 1
9 Sami Hyypiä - Liverpool (gol sendiri) 1
10 Jody Craddock - Wolve (gol sendiri) 1
Jumlah 35

Senarai Penjaring Gol Keseluruhan Arsenal (38 perlawanan)

Bil Pemain Jumlah Jaringan
1 Thierry Henry 30
2 Robert Pires 14
3 Dennis Bergkamp 4
3 Gilberto Silva 4
3 Fredrik Ljungberg 4
6 Patrick Vieira 3
6 Sylvain Wiltord 3
8 Edu 2
8 Reyes 2
10 Sol Campbell 1
10 Kanu 1
10 Kolo Touré 1
Jumlah 69

Melihat kepada jumlah jaringan keseluruhan Arsenal setelah menamatkan saingan liga, Arsenal hanya menjaringkan 69 gol daripada pemain Arsenal sendiri dan dibantu dengan empat gol daripada pihak lawan (gol sendiri). 

Dan City ketika ini hanya memerlukan 10 gol sahaja lagi buat mereka menyamai rekod jaringan daripada pemain sendiri serta memerlukan 13 gol untuk menyamai rekod jumlah jaringan Arsenal pada zaman 'invisible'.

Pencapaian Arsenal musim 2003-2004.

 Keputusan kemenangan terbesar:

Manchester City Arsenal
Tempat Sendiri Tempat Lawan Tempat Sendiri Tempat Lawan
City 7-2 Stoke Watford 0-6 City Arsenal 3-2 Newcastle Middlesbrough 0-4 Arsenal

Mampukah Manchester City menyamai rekod Arsenal dengan memenangi kejuaraan liga tanpa mencatatkan kekalahan?

Post a Comment

Previous Post Next Post