Sejarah membuktikan City muncul juara.


Selepas meilhat kepada perbandingan diantara Manchester City dan Arsenal (invisible) bagi 19 perlawanan (boleh baca disini) boleh dikatakan City tidak bermasalah untuk muncul selaku Juara Liga musim ini.

Mungkin ini adalah satu kenyataan yang pedih buat peminat dan penyokong Arsenal, namun berdasarkan sejarah (baca: Jumlah Mata untuk menjuarai liga) City dilihat cukup selesa untuk memenangi kejuaraan kali dengan hanya memastikan 11 lagi kemenangan untuk memperolehi mata yang dianggap selesa untuk menjuarai liga.



Mungkin kita boleh melupakan perebutan kejuaraan liga, namun tidak untuk empat pasukan teratas yang dilihat masih terbuka.

Dan sudah semestinya kita turut mengharapkan Arsenal mampu menamatkan saingan liga dengan berada dikelompok empat pasukan teratas liga bagi menjamin tempat ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

Atau adakah kita mengharapkan Arsenal mengikuti jejak langkah Manchester United musim lalu yang layak ke Liga Juara-Juara musim ini diatas kapasiti selaku Juara Liga Europa, walaupun menamatkan saingan liga musim lalu ditangga keenam.

Mengikut sejarah, hanya dua pasukan sahaja yang gagal menamatkan saingan liga dengan muncul juara walaupun berada dikedudukan teratas pada hari Krismas iaitu Liverpool (pada musim 2008/09 dan 2013/14) dan Arsenal pada musim 2007/08.

Manakala City pula muncul juara setiap kali mereka berjaya berada dikedudukan teratas pada Hari Krismas iaitu pada musim 2011/12 dan 2013/14.
Only Liverpool (twice, in 2008/09 and 2013/14) and Arsenal (2007/08) have slipped from being top on December 25, while City have won the league on both occasions they've been in first place at this time (2011/12 and 2013/14). - Sky Sports
Dengan kelebihan 13 mata yang dimiliki (tanpa mengambil kira mata United selepas 20 perlawanan), mereka (City) memiliki jumlah perbezaan mata yang cukup selesa dan tertinggi dalam sejarah liga.

Namun perebutan tempat bagi empat pasukan teratas masih lagi terbuka dan mengikut sejarah bagi 10 tahun terakhir, enam pasukan gagal layak ke iga Juara-Juara Eropah - bagi enam tahun daripada 10 tahun tersebut dimana pasukan tersebut berada dikedudukan keempat liga pada Krismas.

Manakala kedudukan Arsenal mengikut sejarah bagi 10 tahun terakhir berakhir seperti berikut:


Bil Musim Kedudukan Pada Krismas Kedudukan Akhir Liga Perubahan
1 2007/08 1 3 -2
2 2008/09 5 4 +1
3 2009/10 3 3 Tidak berubah
4 2010/11 2 4 -2
5 2011/12 5 3 +2
6 2012/13 4 4 Tidak berubah
7 2013/14 2 4 -2
8 2014/15 6 3 +3
9 2015/16 2 2 Tidak berubah
10 2016/17 4 5 -1
Purata 3.4 3.5 -1

Dan mengikut rekod diatas, Arsenal hanya gagal berada di empat kelompok terbaik liga hanya sekali iaitu pada tahun ataupun musim lepas.

Bagi musim ini, Arsenal walaupun tidak beraksi pada Boxing Day berada dikedudukan keenam liga dan diharapkan Arsenal mampu menamatkan dengan berada dikedudukan terbaik diantara empat pasukan teratas liga.

Post a Comment

Previous Post Next Post