Alexis Sánchez setuju sambung kontrak.

Alexis Sánchez dilaporkan telah bersetuju untuk menyambung kontrak bersama Arsenal sebelum beliau mengubah fikiran.

Media The Times melaporkan dimana Sanchez itu telah bersetuju untuk menyambung kontrak bersama Arsenal bagi tempoh jangka masa panjang. Malahan beliau telahpun bersalam bersama pegawai rasmi kelab dan segala dokumen telah pun siap untuk ditandantangani oleh beliau.



Namun, beliau akhirnya mengubah fikiran setelah Arsenal mengalami kekalahan memalukan dimana tewas 10-2 secara aggregate kepada Bayern Munich dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pada bulan Februari dan Mac 2017.

Wajah kecewa Sanchez setelah Arsenal tewas secara aggregate 10-2 kepada Bayern Munich.
Pada perlawanan pertama menentang Bayern ditempat lawan, Sanchez bermain selaku penyerang dan berjaya menghasilkan satu jaringan yang menyaksikan Arsenal tewas 5-1. Dan beliau bermain sepenuh masa (90 minit) bagi perlawanan ini.

Namun pada perlawanan kedua ditempat sendiri, Sanchez hanya bermain selama 73 minit sebelum dikeluarkan dan digantikan oleh Lucas Perez.

Perlawanan tersebut berakhir dengan kekalahan 5-1 untuk menjadikan aggregate 10-2. Dan Theo Walcott menjadi penjaring tunggal Arsenal pada perlawanan tersebut.

Kecewa dan mungkin berasa terhina dengan kekalahan memalukan itu, Sanchez bertindak untuk menolak tawaran penyambungan kontrak yang telah dipersetujui secara lisan sebelum ini.

Maka bermulalah titik tolak beliau yang tidak lagi mempunyai hati untuk menyarung jersi Arsenal.

Dengan Manchester City menunjuk minat yang begitu kuat untuk mendapatkan beliau pada awal musim ini, beliau seakan-akan bersedia untuk menyarung jersi City namun kegagalan Arsenal mencari pengganti beliau memaksa perpindahan tersebut dibatalkan.

Kontrak beliau bersama Arsenal bakal berakhir dipenghujung musim ini, dijangkakan City bakal menandatangani beliau secara percuma walaupun terdapat laporan dimana PSG turut berminat untuk mendapatkan khidmat beliau.

Dan kini hanya tinggal satu perlawanan lagi (menentang Crystal Palace - 29 Disember 2017) sebelum kita mengetahu nasib yang bakal menimpa Sanchez dan Arsenal dalam kemelut perpindahan ini.

Nota penulis: Jika berdasarkan kepada laporan ini dan jika benar laporan ini, berbaloikah Wenger mengekalkan pemain yang tidak mempunyai hati terhadap pasukan?

Post a Comment

Previous Post Next Post