Arsenal intai 2 pemain pertahanan

Arsenal dilaporkan memantau perkembangan pemain pertahanan muda, Abdou Diallo dan mahu menyelesaikan masalah pertahanan dalam tempoh dua jendela perpindahan.

Menurut laporan Mirror, Arsenal mahu menyelesaikan masalah pada bahagian pertahanan dengan membawa masuk dua pemain pertahanan tengah baru bagi memperkukuhkan skuad namun usaha ini bakal dilakukan dalam dua jendela perpindahan.


Sumber itu mendedahkan dimana Arsenal bercadang untuk mendapatkan  seorang pemain pertahanan pada jendela perpindahan yang akan dibuka Januari nanti dan seorang lagi pemain pertahanan pada jendela perpindahan musim depan.

Ketika ini Arsenal mengalami masalah pada bahagian pertahanan tengah dan ini menjelaskan serta menguatkan lagi rumors mengenai Arsenal bakal mencari pemain pertahanan tengah baru.

Per Mertesacker bakal bersara pada penghujung musim ini dan ketika ini beliau tidak banyak beraksi bersama skuad Arsenal. Beliau akan mengendalikan akademi Arsenal pada musim baru nanti.

Sementara Shkodran Mustafi pula dilaporkan mahu meninggalkan Arsenal pada musim depan, begitu juga dengan Mathieu Debuchy yang turut mahu meninggalkan Arsenal pada Januari nanti bagi mencari cabaran baru selain mahu mendapat tempat dalam kesebelasan utama bersama pasukan baru.

Nacho Monreal pula mengalami kecederaan dan Laurent Koscielny pula bergelut dalam mengekalkan kecergasan beliau akibat kecederaan Achilles yang sentiasa berulang.

Dan Abdou Diallo dilaporkan menjadi sasaran utama Arsenal pada jendela perpindahan Januari ini menurut laporan tadi.

Pemain pertahanan tengah ini berusia 21 tahun dan menyertai Mainz daripada Monaco pada Julai lalu dengan nilai perpindahan dianggarkan berjumlah €5 juta.

Mainz berjaya menandatangani kapten U21 Perancis, Abdou Diallo (21 tahun). 
Dengan 17 penampilan bersama Mainz musim ini, beliau telah berjaya menjaringkan tiga gol setakat ini dalam kesemua kejohanan bersama kelab Jerman itu.

Beliau turut pernah disenaraikan oleh majalah sukan Jerman, Kicker untuk berada didalam senarai pasukan pilhan mingguan selama empat kali.
Namun ketika ini Arsenal turut memiliki pemain pertahanan berbakat seperti Krystian Bielik yang semakin meningkat bersama skuad akademi dan Rob Holding serta Calum Chambers masih menunggu peluang untuk beraksi dalam skuad utama Arsenal musim ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post