Emmanuel Eboue ditawarkan jawatan pembantu jurulatih

Pendedahan kisah menyedihkan bekas pemain Arsenal dan juga Galatasaray, Emmanuel Eboue akhirnya mendapat perhatian bekas kelab beliau.

Galatasaray tawarkan kepada beliau jawatan pembantu jurulatih skuad bawah-14 tahun kelab tersebut.
Fatih Terim
Pengurus Galatasaray, Fatih Terim mengetahui kisah sedih Eboue selepas pemain tersebut membuat pendedahan yang dilaporkan oleh Daily Mirror, mengambil keputusan untuk melantik Eboue menjadi pembantu jurulatih kepada skuad B14 tahun Galatasaray.

Memetik laporan CNN Turk, Terim mengambil keputusan tersebut (menawarkan jawatan pembantu jurulatih skuad B14) bagi membantu bekas pemain yang pernah berkhidmat untuk kelab tersebut dari tahun 2011–2016 yang kini bergelut dengan tekanan dalam menghadapi kehidupan seharian beliau.
Galatasaray'ın yaşadığı maddi sıkıntılar nedeniyle intiharın eşiğine gelen Emmanuel Eboue'ye, yardım eli uzatacağı ve yıldız oyuncunun U14 takımına yardımcı antrenör olacağı iddia edildi. - CNN Turk,
Terim memberitahu CNN: "Kami mendengar berita mengenai Eboue ketika berada didalam bilik persalinan, saya mendapat berita tersebut ketika itu, dibilik persalinan. Dan kami akan melakukan apa sahaja yang mampu bagi membantu kawan saya (merujuk kepada Eboue)".

Eboue melahirkan rasa kesyukuran dan penghargaan terhadap bekas pengurus yang pernah melatih beliau selama 5 musim ketika bersama Galatasaray dan menganggap Terim ibarat ayah beliau sendiri.
I would be very happy if Fatih Hodja gave me the duty in Galatasaray, and Fatih Terim is my father, I love him very much, I do everything for him because I love him very much. - Emmanuel Eboue
Galatasaray telah melancarkan kempen bagi membantu bekas pemain kelab tersebut yang kini sedang dengan menghadapi masalah, dengan legenda kelab itu, Hasan Şaş dan Necati Ateş berkongsi mesej memberi sokongan kepada Eboue.

Post a Comment

Previous Post Next Post