Manchester City perlu menangi liga tanpa mengalami kekalahan jika mahu dianggap setaraf dengan Arsenal yang digelar 'Invincibles' menurut Dietmar Hamann.
Dietmar Hamann, 44 tahun bekas, pemain kebangsaan Jerman yang pernah beraksi untuk beberapa kelab Liga Inggeris seperti Newcastle United, Liverpool, Bolton Wanderers dan juga Manchester City meluahkan pendapat beliau mengenai kehebatan Manchester City ketika ini.
Setakat ini, City telah melangkah separuh musim tanpa mengalami sebarang kekalahan dan kehebatan pasukan ini boleh dikatakan amat menakjubkan dimana mereka hanya tercicir mata akibat seri menentang Everton pada Ogos lalu selain memenangi 18 perlawanan setakat ini (pusingan pertama liga).
Dan dengan persembahan menakjubkan ini, menyebabkan pengalisa dan peminat bolasepak mula membandingkan dengan kehebatan Arsenal pada musim 2003-2004.
Namun, Hamann yang pernah mewakili City dari tahun 2006 sehingga 2009 merasakan ianya terlalu sukar dan masih terlalu awal untuk membandingkan pencapaian kedua-dua pasukan ini.
Hamman ketika beraksi bersama City menentang pasukan lama beliau, Liverpool. Kredit gambar: Squawka |
Beliau yang menyatakan pandangan beliau pada Squawka, "Jika kita melihat kembali 12-15 tahun dahulu pada ‘Invincibles’ Arsenal, ianya terlalu sukar untuk membandingkan dua pasukan pada era berbeza jadi saya tidak mahu membandingkan mereka"
"Namun jika Man.City mahu dikenang dan diingati sebagai pasukan yang hebat, jauh lebih hebat daripada ‘Invincibles’, saya merasakan mereka perlu memenangi liga tanpa mengalami sebarang kekalahan dahulu"
"Namun mereka perlu melakukan dengan cara yang lebih menakjubkan kerana bagi saya Arsenal merupakan pasukan terhebat dalam Liga Perdana untuk tempoh 25 tahun dahulu dan lebih tepat semenjak era Liga Perdana bermula".
"Jadi saya fikir ianya menjadi satu tugas yang sukar, untuk menjadi sesebuah pasukan yang lebih hebat daripada Arsenal dan untuk mengingati mereka sebagai sebuah pasukan yang istimewa"
Apa yang pasti ramai peminat terlupa apabila berbicara mengenai kejuaraan liga yang mana pernah dimenangi Arsenal. Selain mengekalkan rekod tanpa kalah, Arsenal turut bermain dengan 'beautiful football'.
Yang mana ketika itu benar-benar mencerminkan falsafah bolasepak Wenger - 'total football' dan 'beautiful football'.
Kita dapat menyaksikan dimana Arsenal bermain dengan dan menguasai bola disegenap penjuru selain melakukan serangan balas yang cukup berbisa.
Arsenal mengesahan kejuaraan Liga musim 2003/04 apabila terikat 2-2 menentang Spurs di White Hart Lane. |
Sejauh mana kehebatan City dalam mencipta rekod baru masih terlalu awal untuk kita berbicara walaupun mereka dianggap mampu menjuarai liga.
Namun adakah mereka mampu mencipta rekod baru atau sekurang-kurangnya menyamai rekod tanpa kalah Arsenal ketika menjuarai liga selain rekod 49 perlawanan liga tanpa kalah.
Namun adakah mereka mampu mencipta rekod baru atau sekurang-kurangnya menyamai rekod tanpa kalah Arsenal ketika menjuarai liga selain rekod 49 perlawanan liga tanpa kalah.